Sunday, 25 March 2012

Kekasih Palsu 1,2

BAB 1
            SEBAIK sahaja kakiku melangkah memasuki dewan besar yang menempatkan begitu ramai pelajar lelaki, aku terus berdebar-debar sehingga tanganku juga bergeletar. Aku cuba menarik nafas panjang-panjang dan menghembusnya perlahan. Lega! Sedikit...
            “Hari ini..Kak Siti akan perkenalkan Aya kepada semua warga Asrama Putera Emas. Senyumlah sikit.” Dengan tenang wajah Kak Siti becahaya dan bersemangat untuk memperkenalkan aku kepada seluruh warga asrama ini.
            Aku ingin ketawa pula apabila Kak Siti yang berusia 34 tahun itu menyebut nama asrama lelaki yang kukira agak aneh. Hilang sebentar rasa risauku yang telah lama bersarang dalam hati.
            “Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..” Suara Kak Siti bergema dalam dewan makan yang ala-ala restoran lima bintang itu. Pada awalnya aku agak teruja untuk memasuki sekolah berprestij ini. Selangkah sahaja kakiku memasuki pintu gerbang sekolah elit golongan high class ini menyebabkan aku terpaku selama 15 minit di hadapan pintu masuk hanya kerana terlalu kagum dengan persekitaran sekolah yang dapat dilihat seperti istana. Jika di India dipanggil Gurukul dalam cerita Mohabbatien, mungkin inilah..Gurukul Malaysia..
            Ketika itu aku hanya mampu menelah air liur. Dari segi pemakaian mereka sungguh kemas dan bergaya. Walaupun hanya uniform sekolah namun cukup membuatku sangat teruja. Kereta-kereta mewah dari segala jenis memasuki pintu gerbang sekolah untuk menghantar tuan muda dan cik muda mereka persis putera-putera dan puteri-puteri raja datang ke sekolah. Suasana pasti hangat apabila beberapa pelajar terlebih popular yang turun dari limo-limo dengan penuh gaya.
            “Aya!” Panggilan Kak Siti itu menyebabkanku tersentak dari lamunan. Mataku terbuka luas dan memandang terus ke hadapan memandang tepat ke arah pelajar-pelajar lelaki yang merenungku dari atas ke bawah. Sekali lagi aku menelan air liur yang semakin kering. Makhluk apakah ini???
            Patutlah aku hairan kemana perginya lelaki-lelaki kacak di Malaysia ini. Dimana-manapun hanya muka cukup-cukup makan sahaja. Rupaya mereka disini!! Dihadapanku kini hampir 10 orang pelajar lelaki yang kemas berpakaian uniform sekolah berwarna biru gelap. Berkot kemas serta tali leher sebagai pelengkap gaya. Ketinggian mereka kukira 175 cm dan ke atas. Masing-masing seperti model-model dalam majalah. Wajah mereka kebanyakan campuran dan bermata biru, hijau malah koko cair. Juga ada berwarna hitam namun ketampanannya tetap terserlah juga.
            “Aya!! Kenapa ternganga macam tu?!” Kak Siti menyiku lenganku.
            “Opocot!!” Aku separuh menjerit lalu dengan pantas aku menutup mulutku. Malunya tidak terkata apabila pelajar-pelajar lelaki tersebut ketawa melihat kelakuanku.
            “Badut mana Kak Siti import ni? Boleh ke dia buat kerja?” Soal salah seorang pelajar paling pendek dalam kalangan mereka. Ketawa mereka meletus lagi.
            Badut?! Dia panggil aku badut?! Kurang ajar! Menyesal aku memuji mereka melambung-lambung tadi dalam hati sehingga menyebabkanku aku terleka sebentar. Muka saja macam putera raja tapi mulut busuk! Uweekk! Reject dah seorang. Eleh bayaklah kau Aya... main reject-reject pulak, siapa nak pandang kau kat sekolah berprestij ni!
            “Maaflah dia ni budak baru... jadi dia nervous sikit. Tapi, budak ni rajin orangnya. Kak Siti yakin seratus peratus dia boleh laksanakan tugas kat Asrama Putera Emas.”Kak Siti menolak aku selangkah ke hadapan. Aku tiba-tiba terasa debaranku datang semula apabila 10 pelajar-pelajar itu mengkerumuni aku dan menunduk menilik aku dari atas ke bawah. Mungkin aku terlalu pendek sehingga mereka terpaksa menunduk begitu. Huh! Kenapa mereka ni terlampau kacak?! Apakah syarat kemasukan ke sekolah Adam Taylor High School ini juga memilih rupa paras? Apakejadahnya kau fikir tu Aya!
            “Perkenalkan diri kamu, Aya.”
            Aku mengangguk pantas apabila mendengar arahan dari Kak Siti itu.
            “Sa... saya... Nur Marhaya. Boleh panggil saya Aya. Saya... saya akan jadi pembantu Kak Siti untuk menguruskan hal kecerian asrama.” Ujarku dengan gugup sambil menjelaskan skop tugasku.
            “Comelnya Cik Aya nie... walaupun macam badut.” Ujar salah seorang pelajar lelaki yang tiba-tiba mencapai tanganku lalu dicium.
            “Aku Sam..merangkap Pengawas Kecerian Asrama. Maknaknya selepas ni, kita akan bayak menghabiskan masa bersama.” Sam tersenyum kacak diikuti gelak tawa rakan-rakannya.
            Aku menarik pantas tanganku. Seorang kurang hajar dan yang ini pula putera miang! Gila! Pelajar sekolah ini sudah hilang akal!
            “Aya... mereka ini adalah dari Persatuan Pelajar. Kamu wajib berkenalan dengan mereka sebelum kamu memulakan tugas. Kak Siti masuk dapur sekejap.” Kak Siti meninggalkan aku dengan senyuman hormat kepada lelaki-lelaki ganjil dihadapanku ini.
            Oh tidak!! Kenapa aku harus mengharungi hari pertamaku sebegini rupa! Ini baru permulaan Aya... terus maju kehadapan demi cita-cita yang kau kejar selama ini!
            Aku kembali bersemangat. Dengan senyuman aku membuka mulut. “Saya harap tuan-tuan semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya.”
            “Sudah tentu...” Lelaki kacak berkaca mata pula melangkah betul-betul dihadapanku.
         “Aku Ray... or Rayyan. Naib President Asrama Putera Emas. Dan aku antara paling senior disini. Selamat berkenalan Cik Aya.” Kali ini Ray juga ingin mencapai tanganku namun cepat-cepatku mengalihkan tangaku kebelakang.
            “Tuan Ray... selamat berkenalan.” Aku turut cuba tersenyum ramah. Selepas itu seorang demi seorang datang memperkenalkan diri kepadaku dengan jawatan-jawatan mereka sekali.
            “Cik Aya... kamu bersekolah dimana?” Tiba-tiba Aizat menyoalku. Lelaki bertubuh lampai dengan matanya berwarna koko cair dan rambutnya keperangan. Ditangannya sentiasa memegang bola kerangjang dan pakaiannya pula bukan uniform sekolah tetapi baju sukan. Berseluar pendek dengan baju T-shirt tanpa lengan. Sebentar tadi Aizat memperkenalkan diri sebagai President Kelab Bola Keranjang dan juga AJK Kokurikulum Asrama. Hebat-hebat belaka mereka ini.
            “Sekolah biasa bersebelahan dengan sekolah ini... siang saya akan ke sekolah, petang saya akan bertugas di asrama ni...”
            “Aku dengar cerita kau kerja kat sini sebab kau terlalu miskin. Tapi, bukan ke ayah kau Ketua Butler kat Villa Taylor.” Kini Will bersuara. Anak lelaki Duta Denmark ke Malaysia itu begitu fasih berbahas melayu.
            Aku tidak berani mengankat wajahku bertentang mata dengan mereka. Aduh... mengapa aku teras sungguh terhina.
            “Will..” Ray yang menyedari responku kurang senang senang dengan pertanyaan rakannya itu. 
            “Ayah saya... dia jatuh sakit. Doktor suruh dia berehat dari sebarang pekerjaan. Ibu saya dah meninggal dunia.. walaupun ayah saya dapat pampasan ia tak cukup untuk biayai pengajian semua kami adik beradik. Jadi, saya ambil peluang untuk bekerja sambilan di sini dengan keizinan Tuan Adam Taylor.” Ujarku dengan perlahan namun cukup untuk didengari mereka semua.
            “Baiklah... Asrama Putera Emas amat mengalu-alukan kedatangan maid perempuan yang comel. Jangan risau kehidupan Cik Aya di Putera Emas akan dilindungi oleh kami walaupun akan terdapat 200 pelajar lelaki lain dalam asrama ni yang lebih nakal dari kami.” Sam mengeyitkan mata.
            Aku tercengang mendengar kata-kata Sam. Lututku mula terasa goyah. Adakah aku masih mampu berdiri kukuh di sekolah ini sebagai maid yang comel?!



BAB 2
            ADAM Taylor High School merupakan sekolah elit persendirian yang sangat tersohor. Pengetuanya sangat berwibawa dan merupakan ahli keluarga pengasas sekolah itu. Dengar cerita pengasasnya iaitu Tuan Adam Taylor Abdullah mempunyai seorang cucu yang belajar di sekolah ini. Tapi, tidak siapa yang tahu identiti pelajar tersebut. Bukan calang-calang individu yang boleh mendaftarkan diri di sekolah itu melainkan anak-anak golongan elit kelas pertama. Asrama yang paling berpengaruh di sekolah itu adalah Asrama putera Emas. Hanya pelajar yang terpilih sahaja yang akan ditempatkan di asrama tersebut. Mereka terdiri dari Ahli Persatuan Pelajar yang amat berpengaruh, pelajar cemerlang akedemik dan juga kokurikulum. Itu semua ciri-ciri pelajar yang layak berada dalam Putera Emas dan salah seorang dari mereka adalah..
            “Cik Aya akan tinggal kat bilik ni.” Ray membuka pintu bilik itu dengan luas-luas. Kemudian dia melemparkan senyuman yang amat manis kepadaku. Terserlah kekacakannya. Aku turut membalas ala kadar. Aku masih lagi cuak sebenarnya. Aya kau kena kuat! Bilik di tingkat paling bawah itu agak tersorok dari bilik-bilik pelajar yang lain.
            “Bilik ni khas untuk Cik Aya, bersebelahan dengan bilik president. Kalau ada apa-apa Cik Aya boleh panggil dia. Tugas Cik Aya bermula pukul 7 pagi pada hujung minggu dan 8 malam pada hari biasa. Make sure kawasan dalam asrama Putera Emas sentiasa cantik dan kemas. Kalau tidak President pasti akan pecat kamu.” Sambung Ray dengan sedikit tegas.
            Aku sekadar mengangguk faham. Rayyan, Naib President asrama sangat peramah orangnya. Malah berbudi bahasa...
            “Pres... president. Saya belum berjumpa dengan dia lagi..” Ujarku tergagap-gagap. Membayangkan sahaja wajah president asrama paling elit di sekolah ini membuatkan aku gabra sedikit. Bukankah selalunya president sangat tegas dan garang? Aku pernah mendengar cerita tantang pelajar lelaki paling popular itu. Dia seorang president asrama yang berkarisma dan juga jaguh sukan renang. Peminat-peminatnya usah dibilang dengan jari. Tidak cukup! Tapi, aku belum pernah melihatnya didepan mata. Adakah aku akan berhenti bernafas? Huhuhu..
            “President sibuk... dia bukan saja President Asrama, malah dia Setiausaha Persatuan Pelajar Adam Taylor High School. Jadi, mungkin dua tiga hari ni dia tak ada kat asrama sebab sibuk dengan aktiviti luar.” Beritahu Ray dengan ramah.
            “Baiklah... terima-kasih Senior Ray. Saya akan pastikan saya dapat lakukan semua tugas dengan baik. Chaiyok!” Aku mengangkat tangan ke atas dengan bersemangat.
            Ray ketawa kecil. Dia meletakkan tangannya dibahuku. “Hati-hati dengan warga Putera Emas. Mereka sangat nakal...” Ray sempat memberi nasihat.
            “Baik!!” Aku mengangguk pantas dengan semangat walaupun dalam hatiku libang-libu.  
           
            FUHH... hari pertamaku nampaknya berjalan dengan baik. Aku merebahkan tubuhku di atas katil empuk dalam bilik khas untukku itu. Sebelum ini, ada pekerja lain yang menjalankan tugasku di asrama ini. Tetapi, sudah dipecat oleh president kerana tidak memuaskan hatinya.. ahh! Kenapa president itu terlalu berkuasa? Pelik! Jika di sekolahku, ketua asrama tidaklah mempuyai kuasa untuk memecat pekerja. Pedulikan, apa yang penting aku sudah mendapat kerja di sekolah ini. Sudah lama aku idamkan untuk masuk ke sekolah ini, bukan aku sahaja malah seluruh rakan-rakanku. Walupun mustahil untuk kami belajar disini.
            Semua ini bermula sejak ayahku jatuh sakit sebulan yang lalu. Dia terpaksa melatak jawatan sebagai Ketua Butler di Villa Taylor. Ayah sudah lama berbakti untuk keluarga Taylor, hampir 20 tahun lamanya. Walaupun begitu, ayah terpaksa pencen awal kerana sakit buah pinggang yang dihidapinya. Aku terpaksa bekerja untuk membantu meringankan abangku yang bekerja di sebuah restaurant. Abang akulah yang menjaga ayah dan mencari nafkah untuk kami adik-beradik seramai lima orang. Aku akan tinggal di asrama ini sambil bekerja sebagai ala-ala maid istana. Kononnyalah.. Apa yang penting, aku dapat tempat tinggal free, makan minum juga percuma. Malah aku mendapat gaji. Untuk ke sekolah pula aku hanya perlu berjalan kaki dalam satu kilometer sahaja.
            Ayah.. abang dan adik-adikku, semoga kamu semua baik-baik ya! Selamat malam.. Aku menutup mata kerana terlalu letih seharian berjalan melawati kawasan Adam Taylor.
*******
            Pagi yang indah menjelma juga. Aku menarik selimut menutup muka apabila cahaya mentari seperti mencucuk mataku. Aku terasa malas untuk bangun. Menguap juga berkali-kali.
            “Morninggg!!”
            Aku terasa jantungku berlari laju apabila mendengar suara asing yang menjerit dekat dengan telingaku. Selimutku juga diretap dengan kasar. Aku terus bangun duduk dan membuka mataku luas-luas.
            “What a cute Maid!!” Suara jeritan mereka bergema. Masing-masing mengelilingiku dari kiri ke kanan dan juga di hujung katil. Hampir 13 orang semuanya. Semuanya lansung tidak kukenali.  
            Aku yang baru tersedar dari mamai itu terus menjerit sekuat hati dan menutup mukaku dengan bantal.
            Mereka terpingga-pingga dan cuba untuk menenangkan aku dengan memegang bahuku. Semakin aku kuat menjerit dan cuba untuk bangun dari katil namun aku tidak nampak jalan keluar kerana mereka seperti mengepungku.
            “Hei... hei relax!” Seorang pelajar yang masih berbaju tidur itu cuba menenangkan aku.
            “Ketepilah! Kenapa awak semua masuk bilik saya!” Aku terus menangis.
            “Kitaorang cuma..” Ujar salah seorang lelaki yang duduk disebelahku. Selamba benar!
            “Kami cuma nak berkenalan dengan pekerja baru!” sambung lelaki berbaju tidur tadi.
            Bodoh! Ini bukan masa yang sesuailah!! Ingin saja aku menjerit mengeluarkan ayatku yang tersangkut dibenak itu.
            “Tapi tak sangka pekerja kali ni comel gila!”
            Aku terasa pipiku dicubit kiri dan kanan. Aku menepis dan tangisanku semakin kuat.
            “Apa semua ni?!!” Suara kuat dari pintu biliku itu dapat didengari oleh semua mereka yang mencerobohi biliku itu.
            Serentak mereka menoleh dan..
            “President!!”
            TANGANKU ditarik dengan kuat. Aku terkecoh-kecoh turun dari katil dan mengikut lelaki yang dipanggil president oleh pelajar-pelajar kurang ajar tersebut. Lelaki itu menarik tanganku keluar dari bilik sambil diperhatikan oleh penceroboh-penceroboh biliku itu. mereka tidak berani untuk bersuara pun!
            Aku dibawa ke bumbung asrama. Tempat yang tinggi itu dapat melihat dengan jelas kawasan Adam Taylor High School yang lengang di hujung minggu.
            “Awak tak boleh nak jaga diri sendiri kat sini! Macam mana awak nak bekerja kat sini?!” Lelaki dengan ketinggian kukira 180 cm itu menengking dengan nyaring.
            Aku menunduk. Tanganku juga masih belum dilepaskan. Sungguh kejap dalam gengamannya. Air mataku juga masih belum kering. Esakanku kedengaran semakin kuat.
            “Tidur tak kunci pintu! Awak sangat cuai! Ini adalah kali pertama saya jumpa orang sedungu awak tahu!”
            “Maa... maafkan saya..” Aku terus meraung. Mendengar amarahnya menyababkan aku lebih terasa diriku bodoh!
            “Pagi-pagi sudah kecoh! Kalau benda ni berlaku lagi. No excuse, you will fired!” Lelaki yang bergelar orang kuat persatuan pelajar itu kelihatan sungguh marah.
            Ya! Aku yang cuai! Bodoh! Aku mengutuk diri sendiri. Menyedari kesilapanku yang membawa padah.
            “Are you hear me?! Idiot!”
            Aku menganguk dengan pantas.  “Saya faham, president!”  
            “Perempuan lembab macam awak ni tak akan bertahan lama di sini! This is my last warning! Jaga kelakuan awak kat sini. Kalau pun awak ada niat lain untuk sengaja nak pikat pelajar-pelajar kat sekolah ni... baik awak lupakan ajelah!”
            Dia melepaskan tanganku. Lalu melangkah laju meningalkan aku kesorangan di atas bumbung asrama Putera Emas. Aku duduk dilantai dan menangis sepuas-puasnya. Sudahlah ditengking, dipanggil idiot pulak tu! Aku tak bodohlah! Aku pelajar paling cemerlang kat sekolah aku tahu tak setan!!! Nama saja president tapi perangai macam hantu! Jin, mambang tanah, segala mambang! Berani dia tuduh aku sengaja nak tarik perhatian pelajar asrama ini?! Argghhhhhhhh!!!
*********
            SEPATUTNYA tugasku bermula pukul 7 pagi. Oleh sebab peristiwa yang memalukan dan menyakitkan hati berlaku awal pagi tadi, semua kerjaku tergendala. Tepat pukul 10 pagi aku turun ke dewan makan untuk berjumpa dengan Kak Siti. Kak Siti merupakan penyelia asrama. Dia juga bertugas di dewan makan sekadar untuk mengawasai pekerja dewan makan itu. Wanita itu juga tinggal di asrama Putera Emas tetapi dia tingal bersama keluarganya di rumah khas untuk penyelia.
            “Kak dengar ada hal pagi-pagi tadi?” Soal Kak Siti ketika ternampak wajahku yang sugul pagi itu.
            “Hal kecik aje..” Aku berpura-pura tersenyum. Malas mahu memanjangkan cerita.
            “Nasib baik president tak naik hantu.. dia kalau apa-apahal yang melibatkan disiplin pelajar atau pekerja, dia memang sangat tegas.”
            Aku hanya tersengeh mendengar komen Kak Siti tentang Singa Jadian tu. Nasib baik tak naik hantu? Kalau dia naik hantu macam mana pulak? Tolak aku jatuh bangunan 6 tingkat itukah tadi?
            “Lupakan ajelah fasal tu. Biasalah.. dia orang tu memang nakal sikit. Tapi, semuanya baik-baik. Sebab penghuni Putera Emas adalah mereka yang bersih rekod disiplin. Malah mereka orang penting dalam persatuan-persatuan di sekolah ni..”
            “Singa..er, president tu... memang berkuasa ke?” Soalku dengan wajah tidak puas hati. Walaupun seluruh sekolahku mengenali Ahli Persatuan Pelajar Adam Taylor, namun kami tidaklah terlalu mengenali mereka dari dekat. Seperti President Asrama Putera Emas itu aku hanya mengenali namanya sahaja. Dan tidak pernah melihatnya di depan mata sebelum ini. Ternyata, apa yang rakan-rakanku khabar itu ada benar dan ada salahnya. Yang benarnya, president itu sangat kacak dan berkarisma. Gayanya sungguh menawan siapa sahaja yang memandang. Tapi, yang tidak betulnya, mereka pernah cakap lelaki itu sangat mulia hatinya. Bukanlah seorang playboy seperti kebanyakan putera-putera yang lain di Adam Taylor ini. Aku tidak percaya! Lelaki bermulut busuk itu pasti juga busuk hatinya! Huh!
            “Berkuasa? Haha..” Kak Siti ketawa kecil. “Semestinya... dialah president asrama yang paling elit dalam sepanjang sejarah penubuhan sekolah ni. Tapi, dia telah menolak untuk menjadi Ketua Pelajar sebab dia terlalu banyak jawatan lain. Malah dia atlet sukan renang yang terbaik kat sekolah ni. Akedemiknya juga hebat dan sentiasa berada di tangga teratas dalam peperiksaan.”
Pujian Kak Siti itu kukira amat melambung. Hebat.. boleh tahan singa tu!
“Baiklah.. ini jadual kerja kamu, Aya. Kamu boleh mulalah.” Tiba-tiba Kak Siti menghulurkan sehelai kertas kepadaku.
“Menyusun buku di perpustakaan asrama.” Aku membaca tugas pertamaku pada hari ini.
Library kat asrama! Bapak hebat! Aku akan cuba sedaya upaya untuk bekerja supaya dapat membantu keluargaku. Dan aku pasti tidak akan melupakan tugasku sebagai pelajar. Tidak sama sekali.. walaupun ada harimau, singa, gajah atau badak kat sekolah ini, semua itu tak akan mematahkan semanganku!  Chaiyok!
**********
DALAM perpustakaan aku cuba untuk bersembunyi di antara rak-rak buku. Aku terdengar sesuatu yang agak menarik perhatianku. Langkah kakiku di atur dengan perlahan untuk mendengar dengan lebih jelas. Aku berjaya menghampiri lelaki itu yang duduk di sofa, manakala aku berselindung disebalik dinding. Dalam dakapanku pula ada beberapa buah buku yang aku sedang susun sebentar tadi. Namun kerjaku terbantut apabila terdengar suara yang amat kukenali..
“I tak boleh berikan you harapan... sebab I tak berminat untuk ada apa-apa hubungan dengan you, melainkan urusan kerja. You ketua I, dan I anak buah you. Kita sepatutnya tidak boleh ada hubungan peribadi untuk mengekalkan kredibiliti kita sebagai pemimpin pelajar.”
Aku menarik nafas perlahan-lahan. Mataku dapat mengintai seorang pelajar perempuan yang sungguh elegan dengan pakaian biasa. Rambutnya panjang dan berurai. Wajahnya juga cantik. Aku kembali menegakkan badan di dinding. Risau jika tertangkap.
Itu adalah..! Ya, aku kenal pelajar perempuan itu. Dia adalah pelajar perempuan yang paling popular dan seluruh warga sekolahku juga amat menganguminya. Apatah lagi dengan gayanya yang selalu menjadi ikutan ramai. Itulah dia.. President Persatuan Pelajar Adam Taylor Hing School!! Tapi, kenapa dia berada di sini? Bersama setiausahanya pula tu!
Sallyna berwajah sugul apabila mendengar luahan dari lelaki yang disukainya itu. Sungguh, dia amat menyukai setiausahanya itu merangkap president asrama ini. Tetapi sebentar tadi, dia ditolak mentah-mentah. Baru sahaja dia meluahkan perasaan.. begini pula jadinya. Sia-sia usahanya selama ini untuk tanpak hebat di mata lelaki itu!
“Adakah sebab perempuan tu..?” Sallyna memangung kepala memandang tepat ke arah Harry, atau nama sebenarnya Hairy.
Harry duduk menyilang kakinya. Matanya juga melawan pandangan ketua pelajar itu. menanti ayat seterunya dari gadis itu.
“Setiap kali ada pelajar perempuan yang datang luahkan perasaan dan bagi hadiah kat you. You akan cakap you dah ada orang yang you sayang. Tapi, sampai sekarang tak ada siapa tahu siapa kekasih you tu. Sebab tu I fikir you menipu budak-budak hingusan tu. Tapi bukan I, Harry. I jauh lebih matang dari dia orang. I tak percaya you ada girlfriend!” Ujar Sallyna dengan tegas.
“I tahu I memang tak boleh menipu you.. sebab tu I tak menipu. I memang dah ada orang yang I suka. Dulu, kini dan mungkin selamanya.” Ujar Harry dengan selamba. Dia mengubah kedudukan kakinya.
“I nak tengok depan mata I! Minggu depan, majlis tari-menari tahunan. I nak you bawa kekasih you tu datang jumpa I. Kalau tidak, I akan anggap you penipu! Dan you tak akan ada alasan untuk menolak I!!
“You ugut I?”
“Tak.. tapi, I tak suka orang penipu!”
Aku menelan liur mendengar pentengkaran dua orang terpenting persatuan pelajar itu. Aku sempat tersenyum sambil memluk dengan lebih kuat buku-buku yang tebal itu.
“Baiklah.. I akan perkenalkan dia kepada seluruh warga Adam Taylor minggu depan. Dan, tolong siapkan tisu-tisu yang banyak untuk peminat-peminat I!”
Aku memekup mulut menahan ketawa. Padan muka President Persatuan Pelajar yang glamour itu di reject dengan tragis sekali oleh putera idaman ramai yang terlebih perasan itu. Kalaulah rakan-rakan sekolahku tahu, pasti sangat heboh!! Gempak punyalah... hehehe.
Aku dapat melihat Sallyna berlari anak menuju ke pintu utama perpustakaan asrama. Pintu perpustakaan yang terletak di tingkat paling atas asrama itu dibuka dengan kasar lalu ditutup dengan kuat. Kedengaran juga esakan kecilnya. Kasihan juga...
“Keluar!! Siapa bayar kau untuk jadi pengintip murahan!”
Glupp!! Saat itu juga buku-buku yang kupeluk itu terjatuh ke lantai berkarpet ungu. Dadaku berombak kencang dan jantungku berlari lebih laju dari keretapi peluru yang sepantas 300km/j!
            “Pres..president. Maafkan saya. Saya tak dengar apa-apa.” Aku keluar dari tempat persembuyianku lalu berdiri di depannya. Sungguh kuat aura lelaki ini. Dadaku turut bergoncang.
            “Kau... kau ni..” Harry mengetab bibir menahan geram. Lantas dia menarik tanganku dan menyuruhku duduk di sofa. Mukaku diangkat supaya bertentang mata dengannya. Aku hanya menurut tanpa sebarang tentangan. Lemah sendi lututku apabila wajah Harry kelihatan terlalu dekat denganku. Kedua belah bahuku dipegang dengan kejap. Aku dapat rasakan hela nafasnya yang menampar wajahku. Sungguh, jantungku seperti berhenti mengepam darah!
            “Kau mahu jadi girlfriend aku?” Soal Harry dengan lembut. Penuh romantik!
            Aku ternganga. Mataku bulat memandang matanya yang berwarna koko cair. Aku bermimpi atau lelaki ini sudah hilang akal?!
            “Aku tanya ni... kau mahu jadi girlfriend aku?”
            “Sa... saya...”
            “Atau... kau dah tak nak bekerja di sini?” Kali ini dari soalan bertukar kepada ugutan pula.
            Lelaki ini... memang tak berhati perut!
            “Ta... tapi, kita tak kenal.” Aku mencari alasan lain. Mimpi apa pula lelaki ini ingin menjadikanku kekasihnya. Gila! Main paksa-paksa pulak tu.
            “Apa yang kau nak tahu tentang aku?” Harry mendekatkan lagi wajahnya sehingga hampir seinci saja dari mukaku. Aku memejam mata dengan rapat. Dadaku usah dibilang betapa kuat debarannya.
            “Be my girl... just for one month!” tangan Harry mengelus lembut pipiku.
            Pantas aku membuka mata dan menolak tubuhnya sekuat hati. Namun tidak berjaya. Lebih memburukkan lagi keadaan Harry menarik tubuhku dalam pelukannya.
            “Lepaskan saya, Tuan Harry!!” Aku menjarit kecil. Tak ada sesiapakah dalam bilik ini! Ya Allah, tolonglah aku!
            “Nak ke tak nak!” Harry menguatkan lagi pelukannya. Aku hampir menangis hanya mengengguk dengan pantas. Tidak ku hiraukan apa-apa lagi selain dari keselamatanku.
            “Good girl!” Harry melepaskan aku lalu ditolak tubuhku sehingga aku kembali terduduk di sofa. Sungguh kasar!
            Harry tersenyum puas. Dia membetulkan pakaiannya dan juga rambut ala-ala koreanya itu.
            “President!” Tiba-tiba Ray membuka pintu perpustakaan itu dengan cemas. Lelaki itu menghampiri Harry tanpa menyedari kehadiranku yang duduk di sofa.
            “What’s matter, Ray?”
            “Pengetua panggil... katanya Sallyna ingin meletak jawatan.” Ujar Ray dengan sedikit kepenatan. Mungkin dia berlari untuk sampai ke sini.
            Aku menutup mulutku rapat-rapat dengan kedua belah tanganku kerana terlampau terkejut.
            “Sally...” Harry mengeluh berat. “Baiklah... mari kita pergi.” Harry terus mengatur langkah dengan luas menuju pintu utama.
            Ray turut ingin melangkah namun baru dia tersedar akan kewujudan aku. Ray sedikit terkejut lalu melangkah ke depanku dan duduk bertentangan denganku.
            “Awak di sini, Aya.” Tegur Ray dengan wajah terkejutnya. Ray turut mengecilkan matanya apabila melihat diriku tidak terurus. Rambutku sedikit kusut dan mataku berair.
            “Ada apa-apa yang berlaku ke?” Soal Ray penuh perihatin sambil matanya terarah ke pintu utama. Seolah-olah dia dapat melihat president asrama di situ.
            “Tak... tak ada apa-apa.” Jawabku dengan tergagap-gagap.
            “President ada buat apa-apa kat awak ke?” Tembak Ray dengan tepat. Lantas aku menggeleng kepala.
            “Senior Ray... betul ke President Persatuan Pelajar meletak jawatan?” Aku terus menukar topik.
            “Ya... dia akan berpindah ke luar negara. Entah kenapa... tiba-tiba aje.” Ujar Ray turut keliru.
            Aku rasa aku tahu kenapa?! Kerana cintanya ditolak oleh President Asrama! Oh, kenapa mesti berpindah sekolah! Sallyna telah ditipu hidup-hidup oleh Harry. Lelaki berhati busuk itu tidak mempunyai kekasih, sebab itulah aku yang dipaksa menjadi kekasih palsunya. Aku mesti memberitahu Sallyna. Aku ingin menyelamatkan cinta President Persatuan Pelajar. Ramai orang menyukainya kepimpinanya, malah rakan-rakan sekolahku juga menjadikannya idola. Aya! Kau mesti terangkan perkara sebenar!
Aku terus bangun berdiri dengan pantas. Ray terpinga-pingga melihatku juga turut bangun berdiri.
            “Saya mintak diri dulu, Senior Ray!” Aku terus berlari keluar dari perpustakaan asrama. Ray memandangku dengan penuh hairan.
AKU berlari sekuat hati menuju Asrama Puteri Kristal, tempat penginapan President Persatuan Pelajar. Aku tidak pasti sama ada dia ada di situ atau tidak. Apa yang penting mestilah mencuba nasib.
“Saya nak berjumpa dengan Cik Sallyna.” Ujarku kepada seorang pelajar perempuan yang membuka pintu bilik yang tertera nama Bilik Pengawas Asrama Puteri Kristal.
“President ada kat bilik dialah. Kenapa nak cari kat sini pula. Kamu ni siapa?” Soal pelajar perempuan itu sambil memerhati aku dari atas ke bawah.
“Sa... saya, saya...” Aku tidak tahu untuk memberitau siapa diriku kepada pengawas asrama itu.
“Kamu cari saya?” Tiba-tiba Sallyna menghampiri kami dengan wajahnya sugul dan berkaca mata gelap.
Suasana agak sunyi di taman bunga sekolah elit ini pada hujung minggu. Jika ingin meriah pun, mungkin kawasan padang sekolah yang tidak pernah sepi dari pelbagai aktiviti. Aku kaku di sebelah gadis anggun yang kulitnya putih melepak. Hidungnya mancung dan bertubuh lansing. Sungguh menawan. Patutlah menjadi ikon kepada seluruh pelajar perempuan di sekolah ini malah sekolah-sekolah berhampiran juga.
“Cik Sally... janganlah meletak jawatan.” Aku menunduk. Rasa kasihan terbit dari lubuk hatiku. Aku tahu bagaimana rasanya apabila cinta ditolak. Aku juga pernah merasainya... dulu, aku pernah meluahkan perasaan kepada senior di sekolahku dan aku ditolak dengan baik. Tapi, sakitnya tetap aku terasa sampai ke hari ini. Tambahan pula apabila hari-hari aku melihatnya bersama teman wanita barunya. Persetankan semua itu. Apa yang penting sekarang ialah Sallyna!
 “Walaupun saya tak kenal awak... tapi saya tetap ingin mengucapkan terima kasih sebab ambil berat tentang saya. Saya tahu, ramai yang menentang keputusan saya ni. Tapi, saya terpaksa juga melepaskan jawatan dan pergi dari sini.”
“Cik Sallyna... jangan terburu-buru. Sebenarnya Senior Harry tak ada kekasih. Dia menipu Cik Sally!” Aku terus berterus-terang. Tidak aku perdulikan apa-apa natijahnya selepas ini.
Aku mendengar Sallyna ketawa kecil dengan penuh sopan. Dia turut tersenyum tawar. Aku tiba-tiba terasa cuak.
“Macam mana kamu tahu saya ditolak? Cepat sungguh berita tersebar...” Sallyna masih kelihatan tenang. Sungguh aku menganguminya.
“Er...” Aku tersengeh kecil. Macam mana aku tak tahu, aku berada di sana ketika drama itu berlansung.
“Sebenarnya, Cik Aya... ibu bapa saya tak ada kat Malaysia. Mereka selalu ke luar negara atas urusan perniagaan keluarga. Tapi, baru-baru ini mereka membuat keputusan untuk menetap di sana. Dan saya diberi pilihan sama ada ingin tinggal di sini dengan saudara saya atau berpindah ke sana. Kemudian saya terfikir... tentang lelaki yang saya suka. Iaitu Harry. Saya dah lama menyimpan perasaan kepadanya sejak kami di menengah rendah lagi. Tapi, saya tak tahu sama ada dia akan membalas cinta saya ataupun tidak. Jadi, saya membuat keputusan untuk meluahkannya,” Sallyna menarik nafas lalu mengeluh sebelum menyambung.
“Saya juga bertekad. Kalau dia menerima saya menjadi kekasihnya, saya akan terus tinggal di sini. Jika tidak, saya akan akan pergi ke luar negara dan tinggal bersama keluarga saya...” Luah Sallyna dengan lemah.
Aku sangat bersimpati. Terasa juga sebak di dada melihat Sallyna yang anggun itu menitiskan air mata.
“Ta... tapi, Harry memang tak ada kekasih. Dia menipu Cik Sally!” Aku terus membuka rahsia itu. Sungguh menyakitkan hati lelaki seperti itu. Dia fikir kaum wanita ini seperti anak patung mainankah?
Sallyna tersenyum lagi. “ Dia memang ada seseorang... saya selalu nampak dia di bilik piano dan mencipta lirik lagu yang indah untuk perempuan tu. Cuma, tak ada siapa pun yang tahu siapa kekasihnya. Sebab dia terlalu perahsia. Tapi, saya juga sukar untuk mempercayainya sehinggalah saya dapat lihat di depan mata saya sendiri. Walaupun sangat sakit kan?” Ujar sallyna dengan senyuman pahitnya.
Aku semakin keliru dengan Harry. Jika benar dia ada kekasih kenapa dia ingin menyuruh aku menjadi kekasihnya selama sebulan. Lelaki jenis apa dia ni! Harap muka saja macam putera raja. Tapi hampeh!
“Bila Cik Sally akan pindah?”
“Minggu depan, lepas majlis tari-menari tahunan.” Jawabnya ringkas.
“Cik Sally janganlah marah kalau saya cakap sesuatu..” Aku cuba mengumpul semangat dan kulihat Sallyna tersenyum sambil menanti ayat aku yang seterusnya.
“Sally!!”
Serentak kami menoleh apabila ada suara garau yang memanggil sallyna dari arah belakang tempat duduk kami di taman itu.
“Har... Harry!” Sallyna bagun berdiri.
Aku tiba-tiba terasa peluh memercik di dahi. Ingin cabut lari tapi sudah terlambat! Aigoo... macam mama mamat singa ni boleh sampai kat sini!
Harry datang menghampiri kami dengan langkah yang bergaya. Dibelakangnya ada Ray, Will dan Sam. Orang kuat Asrama Putera Emas.
“Jom ikut I pergi bilik pengetua, kita perlu berbincang!” Harry menarik tangan Sallyna.
“Tak ada apa-apa yang tinggal untuk dibincangkan. I dah buat keptusan muktamad dan pengetua pun dah setuju.” Sallyna menarik kembali tangannya.
Will, Ray dan Sam hanya menjadi pemerhati. Dan mereka turut memandangku dengan penuh hairan.
“Tapi ramai yang tidak setuju. Pelajar-pelajar lain masih inginkan you jadi President!” Ujar Harry dengan tegas.
“Betul tu Sally...” Will selangkah kehadapan. “You amat dihormati oleh semua pelajar, mereka tengah berkumpul di depan sekolah untuk menghalang you meletakkan jawatan dan berpindah.”
Sallyna kelihatan tenang. Dia tersenyum lagi. “Pengetua dah pilih president baru yang lebih elit dari I... I yakin semua pelajar pasti akan bersetuju. I akan pergi ke tapak perhimpuan untuk menjelaskan apa yang patut.” Ujar Sallyna sambil melangkah penuh bersemangat menuju ke tapak perhimpuan sekolah.
“I akan ikut you, Sally.” Ujar Will sambil membututi langkah Sallyna.
“Aku pun.” Sam turut mengundur diri.
Kini tinggallah Ray dan Harry bersama aku di situ. Aku perlahan-lahan ingin melangkah pergi. Satu... dua... tiga... cabutttt!!!
“Berdiri kat situ!” Jerkah Harry dengan matanya tajam memandangku. Wajahnya juga bengis amat.
Erkkkk!!! Langkahku terhenti. Aku menelan air liur.
Ray kulihat turut melangkah pergi apabila terasa dirinya tidak diperlukan di situ. Aku ingin memanggil Ray supaya dapat menjadi pelindungku dikala Singa Jadian didepanku ini seperti ingin menelanku hidup-hidup! Rayyyyyy!!!” Aku menjerit dalam hati.

4 comments:

  1. ya cepatlah sambung saya suka jalan cerita macam bestlah

    ReplyDelete
  2. lah,, xda sambungan eps 9 n 10 kew?? x sbr nk bca ne...

    ReplyDelete
  3. Tgh follow Putera Impian... sambil tunggu bile nk publish, tgk Kekasih palsu pun x kurang jugak ummphh... nyer ;)

    ReplyDelete