Wednesday, 29 August 2012

Selamat Membaca

Assalamualaikum.... saya baru post KP yang dah di edit nie...harap lebih puas lah baca~~ enjoy reading k :D harap boleh la komen cket..hehe..

Kekasih Palsu 10,11


BAB 10
            KAWASAN dusun yang luas itu sangat bersih kerana di jaga dengan rapi oleh pekerja yang di upah oleh pak cik. Pokok-pokok yang menjulang tinggi meredupkan kawasan dusun itu dan terasa udara yang segar dan dingin. Pokok durianlah paling banyak dan memenuhi kawasan dusun, juga terdapat pokok langsat, manggis, rambutan, dan buah mata kucing. Aku berhenti di bawah pokok durian dan melihat buah menanti untuk luruh.
            “Tingginya pokok ni, macam mana nak petik buah dia?!” Harry turut mendongak. Matanya mengecil kerana cahaya mentari menyusup di celah-celah dedaunan pohon itu menyilau matanya.
            Aku ketawa kecil diikuti sepupuku, Fuad. Adikku Marhani dan Naufal berada tidak jauh dari kami sedang memetik buah langsat yang pohonya rendang dan rendah.
            “Tuan Muda Harry... apa kata awak panjat pokok ni?” aku sengaja berubah serius.
            Harry memandang aku dengan kerutan di dahi. Manakala Fuad sudah terkejut namun, sempat aku menjeling memberi amaran supaya dia diamkan diri sahaja.
            “Kau ingat aku monyet?!” Harry tidak puas hati.
            “Tak... malah awak lagi cerdik dari monyet! Rasanya monyet pun tahu yang buah durian ni luruh sendiri bukannya perlu dipetik!” aku ketawa sinis. Puas hati aku melihat wajah Harry sudah seperti bodoh-bodoh alang.
            Hey! Watch your mouth!” Harry menuding jari tepat ke mukaku.
            “Lalala...” aku buat tidak tahu dan berjalan ke pokok rambutan sambil menyanyi kecil. Merah padam wajahnya kerana geram dengan sikapku. Rasakan Tuam Muda Harry. Apa yang kau boleh buat kat kampung aku ni? Hahaha...

            RAMBUTAN! Inilah satu-satunya buah yang paling aku suka. Aku menjerit kepada Fuad supaya dia dapat memetik buah yang paling masak berwarna merah terang. Sudah terliur aku dibuatnya.
            “Hai... malu betul jadi lelaki kalau tak pandai panjat pokok!” aku sengaja memerli lagi kerana aku melihat Harry sejak tadi hanya mengutip buah rambutan yang sudah jatuh ke tanah.
            Harry memanggung kepala melihat aku. “Kau ingat aku ni apa?” Harry mencampakkan beg plastik yang dipenuhi buah rambutan itu ke tanah. Kemudian dia mendongak melihat Fuad di atas pokok. Pantang dicabar betul!
            “Fuad! Sekarang giliran saya pulak, awak boleh turun.”
            Fuad melopong. “Er... Abang Harry. Mak saya tak benarkan abang panjat pokok.”
            “Betul tu Fuad... lagipun dia ni hanya pandai bagi arahan kat orang aje. Mana tahu buat kerja...” aku menambah provokasi.
            Harry mengetap bibir menahan marah. “Perem...” Ayat Harry berhenti di situ. “Kau... memang nak sangat makan selipar aku, kan?! Dah... Fuad, turun sekarang!”
            Aku mencebik tidak takut. Kelihatan Fuad tergesa-gesa turun dari pokok rambutan itu. dia melompat ke tanah dengan mudah. Aku mengangkat kening mencabar Harry.
            “Abang Harry! Abang Harry nak panjat pokok!” Jerit Marhani. Naufal yang terpandang turut terkejut. Mereka berlari ke arah kami.
            “Kak... kalau Abang Harry cedera macam mana? Kulit dia tu dah la lembut, licin!” Ujar Marhani.
            Aku ketawa sinis. “Biar dia rasa!”
            Marhani ternganga, ‘Sejak bila Kak Aya jadi ahli sihir yang menakutkan?!’
            Harry memegang dahan yang paling rendah. Dia cuba untuk memijak ranting yang lain untuk memanjat naik.
            “Abang Harry! Hati-hati ya!” Naufal menjerit.
            Fuad juga kelihatan sangat gelisah di sebelahku. Aku melihat Harry berjaya naik dengan bergaya. Dia tersenyum bangga.
            “Taklah susah sangat!”
            Aku mencebik. Kalau dahan serendah itu aku pun boleh panjat.
            “Adeh...” Harry menampar lehernya. “Apa yang gigit aku ni?”
            Aku membeliakkan mata. “Awak... awak dah pijak sarang kerengga!!!” aku menjerit.
            “Argghhhhhhhhhhhhhh!!!” Harry terus melompat turun tanpa mempedulikan apa-apa.
            “Ehhh...” aku tidak sempat melarikan diri.
            Debukk! Bunyi kuat menghempap tanah.
            Aku terasa seperti tulang belakang aku berbunyi ‘krek’. Harry menghempap badanku!
            Aku terlentang. Kedua tanganku tidak dapat digerakkan. Tubuh Harry terasa amat berat.
            “Sakit betul...” Harry bangun. Sambil menyapu tubuhnya yang masih dipenuhi kerengga. Barulah dia menyedari yang...
            “Hah!” Harry terus melompat ke tepi. Melihat aku yang terlentang dengan mulut terbuka, mataku terbeliak.
            “Abang Harry okey?!” Fuad, Marhani dan Naufal terus menerpa kepada Harry.
            Aku menjeling dengan ekor mata. “Kamu sepatutnya tanya pasal aku!!”
            “Rasanya... dia tak apa-apa. Sebab tu mampu menjerit lagi.” Harry bangun menghampiri aku. Dia menghulurkan tangan. “Terima kasih sebab sudi jadi tilam untuk aku landing.”
*********
            BEDEBAH! Memang menyakitkan hati. Aku jalan terbongkok-bongkok kerana sakit belakang masih terasa. Aku menghampiri meja makan dan duduk dengan berhati-hati. Aku melihat pak cik, mak cik, adik-adik aku serta sepupuku Fuad berselera makan makanan yang terhidang. Si bedebah itu kelihatan makan dengan sopan. Aku berdehem.
            “Eh, Aya. Mari makan. Sakit belakang kamu tu dah baik?” soal Pak cik dengan prihatin.
            “Dah kurang...” aku tersengeh. Mengambil tempat di sebelah Harry. Huh!
            “Kak Aya dah macam nenek bongkok tiga! Haha...” Naufal ketawa sambil mengejek aku.
            Mengecil mataku memandangnya. “Seronok gelakkan akak!”
            Harry turut ketawa kecil. “Jalan pun dah lembap kan?”
            Amboi! Dia ni kalau sehari tak panggil aku lembap boleh mati tercekik tulang dinasor gamaknya!
            “Sudah... tak baik bergaduh depan rezeki.” Celah pak cik menenteramkan keadaan.
            “Kamu semua ni... pergi dusun orang bawa balik buah. Ini bawa balik penyakit.”
            “Ibu... Kak Aya yang suruh Abang Harry panjat pokok!” Fuad mengadu.
            Aku menjegil mata dengan luas. Harry ketawa kecil.
            It’s okay. Semua ini pengalaman.”
“Aya... Aya minta maaf.” Aku akhirnya mengalah. Memang salah aku pun. Harry tu budak bandar yang tak tahu apa-apa pasal kehidupan orang kampung.
            “Petang ni... kita pergi mandi sungai pulak. Abang Harry juara renang kan? Jomlah pergi sungai. Kat sana, budak-budak kampung memang suka buat pertandingan berenang. Siapa menang digelar juara kampung. Memang akan glamor la. Yang penting...” Fuad merendahkan suara dan membisik ke telinga Harry. “Dapat perhatian awek-awek kampung ni lah!”
            Harry tersenyum. “Macam menarik!”
            “Fuad... kamu jaga Abang Harry elok-elok. Jangan bawa balik penyakit lain pulak.” Ujar pak cik. Memberi peringatan.
            “Nak ikut!” serentak Naufal dan Marhani bersuara.
            Aku perlahan-lahan mengangkat tangan. “Saya pun...”
**********
            PETANG itu seperti dirancang kami berjalan kaki sehingga ke hujung kampung. Aku berjalan dengan perlahan kerana masih lagi sakit badan. Sepanjang perjalanan kami, ramai mata yang mencuri pandang ke arah Harry. Mereka seperti tidak pernah melihat orang! Anak-anak gadis pula tersipu-sipu apabila berselisih dengan kami. Aku menjadi hairan, apa sangat la daya penarik lelaki ini. Sehingga auranya sentiasa kuat di mana pun dia pergi.
            Kami tiba di sungai yang berhampiran kawasan sawah padi. Memang ramai remaja-remaja kampung ketika itu berada di sepanjang tebing sungai. Mereka bersorak riang seperti ada sebuah acara yang sedang berlangsung. Fuad berjalan paling hadapan. Apabila kami tiba di situ semua perhatian mereka tertumpu kepada kami. Aku menjadi cuak. Harry masih tenang dengan senyuman yang menghiasi bibir. Aku mencuri pandang. Ah... manisnya senyuman dia. Tidak pernah aku lihat sebelum ini.
            Aku melihat beberapa anak-anak kampung ini sedang berenang seperti melakukan warm up. Kami dimaklumkan oleh Fuad yang pertandingan ini sememangnya sangat dinanti setiap tahun. Pertandingan renang ini hanya dibuat suka-suka tanpa ada hadiah yang diberikan kepada juara, mereka juga ada pertandingan seperti bermain layang-layang dan sebagainya. Memang kampung ini sangat meriah. Aku pernah datang dahulu dan sempat menyertai mereka bermain layang-layang. Dan inilah kali pertama melihat mereka bertanding juara renang kampung. Aku terasa lucu pula, tetapi ini sekadar permainan remaja kampung yang aku fikir sangat kreatif. Daripada mereka membuang masa ke tempat lain.
            Seperti yang aku jangkakan, anak-anak gadis yang turut ada ketika itu semuanya menumpukan perhatian kepada Harry. Mereka berbisik-bisik sambil tersenyum-senyum. Aku tiba-tiba terasa ingin memakaikan topeng muka kepada Harry. Bahaya betul wajahnya itu jika ditayang di khalayak umum.
            “Fuad! Jom la turun. Tahun ni pun mesti tempat paling last jugak kan! Hahaha...” seorang budak lelaki yang sudah pun berada di dalam sungai itu ketawa dengan kuat. Maka, yang lain juga turut menyambut tawa budak lelaki itu.
            “Amir! Aku tak berminat nak join tahun ni. Tapi... aku bawa wakil aku.” Balas Fuad yang terasa tercabar.
            “Siapa? Tak ada siapa pun yang boleh kalahkan Abang Amir kita ni?!” Sahut Borhan pula. Mereka ketawa lagi.
            Go go, Amir!” jerit beberapa budak-budak perempuan yang berdiri di tebing sungai.
            Aku tidak percaya. Sungguh tidak sopan. Mereka sepatutnya lebih berlemah lembut kerana mereka gadis kampung.
            “Boleh tahan budak perempuan kat kampung ni.” Bisik Harry kepadaku.
            “Miang!” Aku mecubit lengannya. Menyampah.
            “Maksud aku, sikap merekalah!”
            Aku mengangkat bahu tanda ‘no comment’. Harry kembali menumpukan perhatian ke tempat perlumbaan.
            Fuad menarik tangan Harry. “Abang... boleh lawan dengan mereka kan?”
            “Hah?!” Harry ternganga kerana terkejut. “Er...”
            Aku lagilah terkejut dengan pertanyaan Fuad itu. “Kau ni... kata nak bawak dia datang jadi penonton aje.”
            “Bila aku cakap macam tu. Alah... kacang je lawan dengan dia orang tu. Abang Harry pernah wakil Malaysia ke Terbuka Remaja Melbourne dulu kan? Dapat juara pulak tu. Inikan... kat kampung. Kacanglah!” Fuad cuba memujuk Harry.
            “Er... kat dalam sungai ni ada apa, eh?” Soal Harry teragak-agak.
            “Ada buaya!” aku memintas Fuad yang mahu menjawab soalan Harry. “Jomlah balik!” aku menarik tangan Harry. Aku tidak mahu menanggung risiko jika ada apa-apa berlaku kepada Tuan Muda Hairy Fattah ini!
            “Bu... buaya...” Harry menelan liur. Wajahnya sungguh naif!
            “Kalau ada buaya dah lama kami arwah la. Mana ada apa pun, setakat pacat, lintah tu biasalah!”
            Aku melopong. Oh, tidak! Tiba-tiba bulu roma aku terpacak. Terbayang pacat yang hitam dan menghisap darah itu. Badannya licin dan... argghh! Yang penting sangat menggelikan!
            “Benda tu tak bahaya ke?” soalnya dengan berwajah polos pula.
            “Tak! Tak bahaya pun. Boleh la Abang Harry! Saya dah lama geram dengan Amir yang berlagak tu!”
            “Woo... jangan! Awak tahu tak pacat tu macam mana?” aku menarik tangan Harry sebelah kanan. Manakala Fuad menarik sebelah kiri.
            “Pacat... tak tahu.” Harry menggeleng.
            “Macam ni!” Tiba-tiba Naufal datang dengan membawa seekor pacat di tangannya. Entah dari mana dia ambil. Pacat itu kelihatan masih basah dan sangat menggelikan!
            “Eee... apa ni Naufal. Pergi buang jauh-jauh!” aku menjerit.
            Terus berubah pucat wajah Harry ketika itu. “Er...”
            “Ini... inilah wakil saya!” Fuad tiba-tiba menjerit kepada semua orang sambil menunjukkan ke arah Harry. Kami semua terkejut. Fuad!! Aku memandangnya geram.
            “Wah... orang bandar, macam menarik aje! Hahaha...” mereka ketawa ramai-ramai.
            Manakala semua budak perempuan yang hadir sudah sangat teruja. Mereka bertepuk tangan dengan riang.
            Harry menelan liur. “Baiklah...” Harry akhirnya setuju.
            Fuad terus melompat gembira. Dan aku hanya mampu mengeluh. ‘Harry... awak boleh ke masuk dalam air sungai tu. Awak kan biasa dengan air kolam aje.’
            “Cepatlah terjun, orang bandar. Alahai... jambunya!” Ujar Borhan dengan tawa besarnya.
            “Nama dia Harry!” Fuad menjerit.
            Okay, Harry. Come on!” Laung Amir pula.
Harry berdiri di tebing sungai dan berkira-kira untuk terjun. Fuad yang melihat keadaan itu terus bagi semangat.
“Abang. Tanggallah baju. Baru senang sikit nak berenang!” Saran Fuad dengan semangat.
“Abang Harry nak tanggal baju ke?” soal Marhani tidak percaya.
Aku menepuk dahi. ‘Ya Allah... jangan Harry! Jangannnnnn!! Badan awak tu...’ aku mengeluh. ‘sangat bahaya untuk ditayang’.
Sememangnya mereka yang akan bertanding itu semuanya hanya berseluar pendek tanpa memakai baju. Biasalah anak-anak kampung, bagi mereka tidak ada apa yang hendak disegankan.
Harry mengetap bibir. Perlahan-lahan dia memegang hujung baju dan menariknya ke atas. Terus dicampak baju itu ke tanah. Harry berdiri tegak di tepi tebing.
Semua mata tidak lepas memandangnya! Mata semuanya terbeliak melihat susuk tubuh atlet Adam Taylor High School itu. Aku yang tadinya memandang ke arah lain sempat juga mengerling melihat Harry.
‘Macam model majalah!’ Haish!
Harry menggosok-gosok tangannya beberapa kali. Dia memejam mata. Dan melompat tinggi terus terjun ke dalam sungai dengan bergaya. Perbuatannya itu memang menarik perhatian. Semua menepuk tangan dengan teruja.
“Kacaknya! Wahh...” aku terdengar beberapa budak perempuan yang kelihatan agak teruja dengan Harry berbisik sesama mereka. Aku mencebik.
Harry sudah berada di dalam sungai. Air sungai itu agak dalam ke paras dadanya yang lampai. Harry tiba-tiba menyelam. Aku terkejut kerana Harry masih tidak timbul-timbul. Agak lama. Semua semakin cemas.
Harry akhirnya muncul setelah beberapa minit. Dia mengambil nafas dengan teratur.
Okay, let’s go!” Harry tersenyum dengan kacak. Semua menjerit-jerit bingit.
Aku menarik nafas lega. Ingat apalah tadi...
Perlumbaan pun bermula dengan bilangan 5 orang remaja lelaki termasuk Harry. Seorang budak lelaki meniup wisel dan mereka pun bermula. Harry dengan pantas berenang ke hadapan dan meninggalkan yang lain jauh ke belakang. Harry berpusing semula dan berenang penuh bergaya ke tempat permulaan tadi. Maka, semua orang bersorak kerana Harry benar-benar telah meninggalkan yang lain dalam jarak yang jauh.
Aku hanya memandang kosong. Tidak ada apa yang nak dihairankan. Mereka sedang berlumba dengan juara remaja Asia! Dan tahun ini Harry akan wakil negara lagi dalam Terbuka Remaja Dunia di Jepun pula. Tidak hairanlah, jika cita-cita Harry mahu membawa pulang emas Olimpik untuk negara kelak.
“Nampaknya kita ada juara baru!!” jerit Fuad dengan riang dan disambut oleh penonton yang sejak tadi memberi sokongan. Wahh... dah macam tournament besar pula. Boleh tahan.
Harry mengangkat tangan seperti kebiasaanya berada dalam pertandingan. Sungguh bergaya walaupun hakikatnya sekarang dia berada di dalam sungai yang airnya berwarna coklat!
Aku turut menepuk tangan. Aku menghampiri ke tebing sungai. Dan membantu Harry untuk naik ke atas. Jelas wajah cemburu di mata para gadis yang merenungku tajam. Memang aku sengaja pun. Hehe...
“Tahniah!” aku menghulurkan bajunya.
Not bad!” Komen Harry sambil tersengih.
Amir yang baru tiba itu menjerit tidak puas hati. “Kamu ni siapa?”
Harry menoleh ke belakang. “Saya Harry.” Jawabnya pendek.
“Maksud aku. Kau ni budak Sekolah Sukan Bukit Jalil ke? Kenapa aku tak pernah nampak pun!” Soal Amir hairan. Barulah aku tahu, rupanya Amir adalah budak sekolah itu.
“Tak semua atlet terbaik ada di sekolah itu.” Harry menjawab selamba.
“Sekejap!” Amir memanjat tebing sungai untuk ke atas. Dia menghampiri Harry dan melihat wajahnya dengan teliti.
“Aku macam pernah tengok kau. Di...” Amir menggaru-garu kepala. Memikirkan sesuatu.
“Di Adam Taylor High School. Pertandingan Terbuka Remaja Kebangsaan awal tahun ini, kan?”  Ujar Harry. Tersenyum.
Amir baru tersedar dan terus ketawa. “Betul! Ini bukan kali pertama aku dikalahkan. Kaulah yang terpilih untuk ke Jepun bulan hadapan kan?!”
“InsyaAllah.” Harry mengangguk.
“Wah... macam mana aku tak perasan tadi. Kau... kau memang hebat. Jurulatih kami pun sangat banyak memuji kau. Mereka dah berusaha untuk menarik kau masuk ke sekolah kami. Tetapi Adam Taylor tidak mahu lepaskan. Mana-mana sekolah pun, jika mereka ada atlet hebat, mereka berat hati nak lepaskan. Kerana mahu mengharumkan nama sekolah masing-masing.”
Harry hanya tersenyum dan memegang bahu Amir. “Teruskan berusaha. Semoga kita sama-sama dapat mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti!”
“Yahh! Inilah juara kita!” Amir mengangkat tangan Harry dan ramai-ramai bersorak untuknya.
Aku tersenyum. Aku melihat Harry sangat-sangat gembira hari ini.
“Apa... apa ni?!!” Harry melihat ada suatu bergerak di dadanya.
“Pacat!!!” aku menjerit.
“Cepat buang!!” wajah Harry merah dan semua orang ketawa melihatnya. Harry melompat tinggi apabila ada lintah besar kelihatan di jari kakinya pula. Dia benar-benar kelihatan seperti badut sarkas! Menjerit seperti orang hilang akal. Dia kemudian dibantu oleh Amir dan Fuad untuk membuang pacat yang menggelikan itu.
Aku hanya mampu ketawa dan ketawa!
Stay away from me, goddamn it!!” jeritnya kepada pacat itu.
*********
            BEBERAPA hari berlalu dengan sangat menggembirakan. Pelbagai peristiwa pahit manis yang tidak dapat aku lupakan. Aku terkejut juga, selepas Harry menang pertandingan renang tempoh hari, badannya menjadi gatal-gatal. Rupanya air sungai itu tidak sesuai dengan kulitnya. Kasihan juga... Harry sudah kelihatan sangat comot sejak berada di kampung. Mana tidaknya, pakaiannya semua baju-baju pak cik. Kerana dia membawa baju yang tidak sesuai dipakai untuk aktiviti kampung.
            Dua hari juga Harry deman. Kata doktor dia terlalu terkejut. Aku tidak sangka begitu sekali dasyatnya penangan pacat dan lintah itu. Aku tahu, Harry lambat sembuh kerana dia tidak mahu makan ubat dan hanya bergantung kepada air cap badak. Mak cik memang sudah mengamuk kepada kami kerana tidak menjaga Harry dengan baik. Setiap kali pergi untuk bermain di luar pasti akan membawa balik penyakit.
            “Awak... sikit pun tak nak makan ubat ke?” aku cuba memujuk walaupun ini adalah kali yang ke seratus gamaknya.
            “Sikit pun makan jugak kan? Aku dah cakap tak nak makan. Faham?!”
            Terkebil-kebil aku ingin mencerna apa yang dikatakannya itu. “Fa... faham.” Aku mengeluh kecewa.
            Harry tidur dengan berselimutkan kain pelekat. Kasihan aku melihat keadaan dia seperti itu.
“Kalau awak tak makan ubat bila nak sembuh!” aku akhirnya bangun berdiri. Sambil menyingsing kedua lengan baju aku sehingga ke siku. Rambutku yang panjang mengurai terus aku simpul menjadikan sanggul. Kemudian aku mematah-matahkan jari.
            “Hah... Kak Aya dah bertukar jadi ahli sihir!” Marhani menjerit sambil memegang Naufal.
            “Ingat tak... masa kita tak nak makan ubat dulu? Apa Kak Aya dah buat?” Soal Naufal yang sudah menggigil.
            “Tak... mungkin dilupakan...” Marhani menggeleng-geleng kepala.
            “Makannnnnn!!!!” aku menarik tubuh Harry sehingga dia terduduk.
            “Ap... apa ni!!” Harry terkejut apabila melihat aku yang sudah memaut lehernya dengan lenganku. Kakinya aku pijak dengan kaki aku. Tangan kiriku pula bersedia dengan kapsul ubat demam.
            “Tak nak!” Jerit Harry sambil meronta-ronta.
            “Atau kau nak aku gigit telinga kau sampai putus!”
            “Menakutkan!” Fuad yang turut berada di situ ternganga dengan luas.
            “Buka mulut!” aku memicit pipinya pula. “Buka!!”
            Harry akhirnya tidak tahan dengan asakan itu membuka mulut. Terus aku memasukkan ubat dalam mulutnya dan menuangkan air supaya dia menelannya. Habis basah badan Harry dek air yang tertumpah semasa pergelutan.
            Kemudian aku menolak tubuh Harry yang longlai itu sehingga terbaring. Lelaki itu seperti terkena renjatan elektrik. Tidak mampu bergerak.
            Aku mengesat peluh di dahi dan menghembuskan nafas lega. “Fuhh...”
            “Aku... aku tak akan lepaskan kau perempuan raksaksa!” bisik Harry keras dalam keadaan lemah.
            Fuad, Marhani, dan Naufal mengecil di satu sudut sambil menelan liur. Mereka tidak berani bersuara langsung.
            “Sia-sia aku ada tali pinggang hitam kalau perkara remeh macam ni pun tak boleh nak settle!
*********
BAB 11
LD MARINE  TOWER tersergam megah di Bandaraya Kobe, Jepun. Sebuah bandar industri yang tersibuk di Jepun itu sememangnya menjadi tumpuan kepada pelabur-pelabur asing untuk membangunkan pelbagai industri termasuk kewangan dan sebagainya. LD Marine Group, antara syarikat perkapalan terbesar Asia yang sudah bertapak lebih 10 tahun di bandar pelabuhan itu dan sekarang ini telah mencapai kejayaan yang kemuncak. Mereka berjaya menaikkan nama syarikat itu dalam tempoh 10 tahun atau dalam satu generasi sahaja. Sememangnya sangat sukar untuk membangunkan sebuah empayar yang mampu bersaing di persada global.
 Presiden syarikat itu seorang wanita yang gigih, anggun dan bijaksana. Beliau dibantu oleh suaminya yang menjadi Naib Presiden LD Marine. Wanita itu adalah pemegang syer yang paling besar dalam LD Marine mengatasi suaminya. Sebab itulah dia dilantik oleh lembaga pengarah untuk mengetuai syarikat itu. Walaupun ketika itu usianya masih muda, namun dia seorang wanita yang berwawasan dan bercita-cita tinggi.
Dia masih tidak dapat menumpukan perhatian dalam perbincangan kali ini. Fikirannya kembali kusut dan mencengkam kepalanya. Tiba-tiba dia terasa kurang sihat dan membubarkan mesyuarat pada petang itu. Beberapa pengarah syarikat yang terlibat dalam mesyuarat ketika itu terus bangun memberi hormat sebelum meninggalkan bilik pejabat wanita itu yang bertentangan dengan pelabuhan.
Wanita itu memusingkan kerusinya dan menghantar pandangannya ke pelabuhan dari tingkat 32. Pelabuhan itu kelihatan sibuk dengan keluar masuknya kapal-kapal dagang serta kapal penumpang. Aktiviti memunggah barang-barang kargo juga kelihatan sangat teratur dan bersistem. Barangan import dibawa masuk dan barangan eksport dibawa keluar untuk dihantar ke seluruh dunia. Aktiviti seperti itu tidak pernah berhenti mahupun ketika waktu malam. Bandar pelabuhan itu sentiasa hidup.
Ingatannya semakin kuat kepada seseorang. Yang menjadi jantung hatinya. Lantas dia mendail satu nombor. Dan menanti dengan sabar sehinggalah panggilannya itu disambut.
“Madam Laura!” suara di sebelah sana kedengaran terkejut.
“Saya mahu bercakap dengan Tuan Adam.”
“Maaf madam, Tuan Adam sekarang ada urusan di luar.”
Laura memejamkan matanya. Menarik nafasnya perlahan sebelum menyambung. “Panggil anak saya...”
Sekali lagi lelaki itu gelisah. “Maaf, madam. Tuan muda tidak tinggal di rumah ini.”
What?!!” Laura menjerit lantang. “Where is he?
“Er...” lelaki itu serba salah untuk memberitahu. Perkara ini sepatutnya perlu dirahsiakan. Kenapa dia sudah terlanjur mengeluarkan perkara itu.
Listen to me... he is my son. So, I need to know where is him right now?! 
LAURA meletakkan telefon bimbitnya dengan kasar ke atas meja pejabatnya. Dadanya turun naik menahan marah. Tiba-tiba sahaja dia terasa dirinya sihat. Dia pantas bangun dan berjalan keluar menuju ke bilik pejabat suaminya. Dia berjalan dengan penuh keyakinan, usianya yang baru mencecah 39 tahun itu menampakkan dia seorang wanita yang masih cantik lagi berketrampilan. Rambutnya keperangan asli, tubuhnya lampai, dan kulitnya putih kemerahan. Hampir 20 tahun lalu dia telah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia yang sangat muda. Iaitu selepas dia tamat sekolah tinggi.
Bapanya tidak menghalang walaupun pada awalnya lelaki itu agak ragu-ragu dengan keputusannya. Risau akan masa depannya apabila sudah berkajwin. Tetapi bagi Laura, apabila dia sudah membuat keputusan, sebenarnya dia sudah cukup habis berfikir. Suaminya seorang genius dalam bidang saham walaupun ketika itu usianya masih muda. Mereka berkenalan ketika menghadiri sebuah party hari jadi seorang teman. Selepas berkahwin Luara tetap berjuang dalam pelajarannya sehingga memiliki Masters pada usia 26 tahun. Walaupun ketika itu dia sudah bekeluarga dan mempunyai seorang anak.
Laura membuka pintu pejabat itu dan kelihatan dua orang lelaki berkulit hitam sedang berbincang sesuatu dengan suaminya. Mereka serentak memandang wanita itu dengan terkejut.
Nice to meet you, President!” Sapa dua orang lelaki itu dengan ramah.
Laura hanya membalas dengan senyuman. Dan suaminya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena terus bangun untuk meminta diri.
Excuse me, just for a second.” Ujar Danial dengan sopan.
Danial menghampiri isterinya yang berdiri di pintu dan menutup pintu biliknya itu dengan perlahan.
What’s matter, honey?!  Danial terus memegang tangan isterinya yang tercinta itu. wajahnya penuh kerisauan.
“Dia buat masalah lagi!” keras suara Laura ketika itu. Dia tahu perkara peribadi tidak sepatutnya dibincangkan di pejabat. Akan tetapi dia sudah tidak sabar lagi dengan kerenah anaknya itu.
“Siapa?” wajah Danial ternyata kebingungan.
“Anak bertuah youlah!”
Danial mengeluh. “Kita bincang di rumah, okey. I ada meeting yang penting sekarang. Mereka client besar kita dari Afrika.”
Laura mengetap bibir. “Dia tak tinggal kat rumah ayah sekarang?!” Laura tidak pedulikan kata-kata suaminya. Adakah perkara yang lebih penting dari ini?
What? I mean. Why?!” Danial benar-benar terkejut.
“I akan balik ke Malaysia. Dia semakin melampau sekarang. I akan suruh Lisa tempahkan tiket untuk I malam ini juga. Itu aje I nak beritahu you.” Laura terus memusingkan badannya dan berjalan menuju ke bilik pejabatnya semula.
“Perang dunia akan berlaku lagi...” Daniel mengeluh dan segera masuk semula ke dalam biliknya.
*********
            HARRY semakin sihat dan boleh mengambil angin di kawasan luar rumah pada hari itu. Dia berjalan dengan memakai selipar jepun melalui kawasan sawah padi yang menghijau. Harry tidak pernah rasa setenang ini. Sudah lama kepalanya menjadi tepu dan sesak dengan pelbagai masalah yang selalu mengejarnya.
            “Seronok kan berada di kampung?” sapaku. Melihat Harry berjalan keseorangan tadi, menarik aku untuk turut bersamanya.
            “Memang tenang... tapi sekejap aje. Tiba-tiba rasa ada pencemaran bunyi pula.”
            Aku terus memandang sekeliling. Tiada bunyi apa pun, malah kami hanya dikelilingi sawah padi!
            Jadi? Tak... takkan lah...
            “Maksud awak, suara sayalah yang bising sangat tu?!” luah aku dengan geram. Baru aku faham maksudnya.
            “Memang kau lembap kan..?” Harry ketawa.
            “Menyakitkan hati betul!” aku berkira-kira untuk meninggalkannya. Malas mahu melayan lelaki bermulut busuk itu.
            “Terima kasih...”
            Aku berhenti melangkah. Perlahan-lahan aku menoleh melihatnya. Harry memandang aku dengan senyuman.
            “Apa?”
            “Terima kasih sebab... bawa aku ke sini.”
            Aku terasa ingin tersenyum namun terpaksa berpura-pura selamba. “Sama-sama kasih...” balasku.
            Friend!” Harry menghulurkan tangan.
            Aku memandangnya dengan tidak percaya. Adakah aku bermimpi? Harry mahu aku menjadi kawannya.
            Aku masih teragak-agak untuk menyambutnya. Harry tiba-tiba mengambil tanganku dan menggenggamnya.
            “Kita tak pernah jadi musuh pun, kan?” aku yang termalu-malu cuba untuk mengawal keadaan.
            “Sekarang kita dah jadi kawan. Jadi... seorang kawan tak boleh ada hutang, kan?” soalnya dengan maksud yang mendalam.
            “Ha...?”
            “Ada...” Harry menghampiri wajahku. Dia mendekatkan bibirnya di telingaku seraya membisikkan sesuatu. “Ada pacat kat tangan kau.”
            “Ap... apa...” wajahku berubah pucat. Perlahan-lahan aku memandang ke arah tanganku. Memang ada sesuatu berwarna hitam dan terasa sejuk!
            “Argghhhh!!!!” aku menjerit dan terus berlari lintang-pukang.
            “Tolonggggg!!!!!”
            “Rasakan, perempuan raksasa!”
**********
            AKU terasa ingin membunuh lelaki keji itu. Mati-mati aku dipermainkannya. Bukan pacat yang berada di tanganku, tetapi secebis tanah liat yang berwarna hitam. Aku pun sememangnya lembap. Tak mungkin Harry akan meletakkan pacat di tangan aku sedangkan dia sendiri pun demam-demam kerana takutkan menatang itu!
            Memang... aku dan Harry tak mungkin akan berdamai seumur hidup nampaknya. Aku yang masih marah menantinya dengan geram di atas beranda rumah. Nampak sahaja muka lelaki keji aku, akan aku hayunkan selipar jamban ini tepat ke mukanya.
            “Aya...”
            “Apa?!” balasku lantang.
            Mak su terus mengurut dada kerana terkejutkan suara aku yang kuat itu.
            “Kus semangat! Kau ni meroyan ke apa, Aya? Terkejut mak su dibuatnya.”
            “Maaf... Aya tak perasan mak su datang.” Aku tersengih-sengih. Entah kenapa amarah yang terlalu kuat di dada telah menyebabkan orang lain terima akibatnya.
            “Sebelum kau balik sana. Mak su datanglah nak menjenguk. Eh... boyfriend kau tu mana?” Soal mak su sambil mengambil tempat di sebelahku. Kepalanya juga terjenguk-jenguk ke dalam rumah yang pintunya terbuka luas. Kami duduk di kerusi panjang di beranda rumah.
            “Apa pulak boyfriend! Hantu tu layak couple dengan puntianak harum sundal tengah hari aje!”
            “Hish! Apa ni, Aya?! Ya Allah... budak-budak zaman sekarang punya bahasa. Cantik sungguh!”
            Aku tidak pedulikan teguran mak su. Hatiku sungguh membara!
            “Usu... bila kau sampai?” tiba-tiba mak cik muncul dari belakang rumah. Bersama Harry!
            Aku bangun berdiri. Harry mempamerkan wajah selamba membantu mak cik mengangkat beberapa batang rebung yang diambil di hutan belakang rumah.
            “Baru aje, kak cik! Ini ha... datang nak menjenguk budak-budak ni.” Balas mak su sambil turun dari beranda berkira-kira mahu mendapatkan mak cik yang duduk berehat di bawah pokok yang rendang di hadapan rumah.
            “Si keji!!!” aku membaling selipar dengan kekuatan yang luar biasa terus tepat ke arah Harry. Lelaki itu sangat terkejut dan cuba mengelak.
            “Adoiii!!” Mak su menjerit. Tersasar! Selipar itu tersalah laluan dan terkena mak su yang sedang berjalan ke arah mak cik.
            Aku menekup mulut. Ah... alamak! Aku bergegas turun untuk mendapatkan mak su.
            “Mak su... okey ke? Sorry... Aya nak baling ayam tadi!”
            “Budak... budak-budak ni...” Mak su duduk sambil mengurut dada. “Boleh mati terkejut aku macam ni!”
            Harry hanya tersengih. Dia mengenyit mata dengan penuh sindiran. Aku menderam dengan penuh geram. Celaka!
            Ketika itulah sebuah kereta berwarna hitam jenis Limousine panjang perlahan-lahan bergerak masuk ke perkarangan rumah pusaka itu. Perhatian kami semuanya tertumpu ke arah kereta itu termasuklah Harry yang sudah berubah air mukanya. Mak su dan mak cik yang pertama kali melihat kenderaan jenis itu membuka mata dengan luas. Mereka pastilah sangat terkejut.
            Aku dapat mengagak kereta itu pasti milik keluarga Harry. Adakah mereka datang untuk menjemput tuan muda mereka pulang?
            Tam keluar dengan tergesa-gesa dan terus menghampiri Harry.
            “Tuan muda, kena pulang sekarang!” bisik Tam dengan perlahan.
            “Kan saya dah cakap... jangan risaukan saya kat sini. Saya boleh jaga diri.” Harry ternyata tidak menyukai kehadiran pemandu peribadinya itu.
            “Kita ada masalah besar. Tuan muda kena berangkat pulang segera.”
            Aku tidak dapat mendengar perbualan mereka yang perlahan itu. tetapi aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Mak su menyoal aku tentang mereka dan aku sendiri tidak ada jawapannya.
            Selang beberapa minit Harry kelihatan tergesa-gesa menaiki tangga dan memasuki rumah. Tidak lama kemudian dia turun dengan beg galasnya. Pakaiannya juga sudah ditukar.
            Tam segera mengambil beg Harry dan memasukkan ke dalam kereta. Kemudian, Harry datang ke arah kami dengan senyuman kelat. Dia kelihatan sangat berat hati.
            “Terima kasih sebab beri saya tumpang kat rumah ni. Tolong sampaikan salam saya kepada pak cik dan yang lain. Saya terpaksa pulang sekarang. Ada hal penting.” Ujar Harry dengan sopan, lantas bersalam dengan mak cik dan mak su. Tam juga datang dan mengucapkan terima kasih kerana menjaga tuan muda mereka dalam beberapa hari ini.
            Aku hanya memandang Harry dengan pandangan yang kosong. Aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Tetapi... keadaan seperti tidak mengizinkan. Harry sempat menoleh melihat aku. Dia hanya memandang aku tanpa berkata apa-apa sebelum masuk ke dalam kereta bercermin gelap itu.
            “Aya... kamu tak cakap apa-apa dengan dia?” soal mak cik yang kehairanan.
            Aku hanya menunduk. Apa yang aku rasa ni? Kenapa aku rasa tak sedap? Mungkin kerana Harry pergi secara tiba-tiba. Mungkin...
*********
            HARRY terasa debaran di dadanya kemuncak. Sudah lama keadaan seperti tidak berlaku. Sepanjang perjalanan menuju ke selatan, dia hanya mendiamkan diri tanpa bercakap walau sepatah kata. Sesekali dia mengeluh dan meraup-raup wajahnya. Mereka tiba di rumah agam itu ketika langit sudah gelap. Kecerahan lampu neon yang dipasang sepanjang jalan masuk ke Vila Taylor itu menggamit kedatangan mereka. Akhirnya kereta panjang itu berhenti berhampiran fountain yang betul-betul berada di depan rumah agam itu.
            Harry keluar dengan pantas dan menuju ke pintu utama yang dijaga oleh dua orang pengawal berseragam kemas.
            “Selamat pulang, tuan muda.” Sapa seorang lelaki yang merupakan ketua pelayan atau Butler rumah agam itu.
            Harry terkejut melihat barang-barangnya penuh di kawasan tengah rumah yang lapang itu. Bagasinya yang besar, barang-barang sekolahnya semua ada disitu. Semuanya di ambil dari asrama!
            Harry menggenggam tangannya dan menuju ke arah barang-barangnya. Di ambil satu persatu dan dibawa keluar semula. Semua butler termasuk Tam hanya mampu melihat keadaan tuan muda mereka itu yang kelihatan sangat serius sehingga wajahnya tidak ada segaris ketenangan. Malah berkerut seribu.
            “Letak barang tu di situ!” jerit satu suara dari atas balkoni di tingkat dua rumah agam itu.
            Harry tidak pedulikan arahan itu dan terus mengangkat barangnya keluar dari rumah. Kemudian dia kembali untuk mengambil bakinya pula. Tiada siapa pun yang berani menghalangnya ketika itu.
            “Harry!!” jerit Laura dengan lantang sambil turun dari tangga dengan wajahnya yang tegas. Penampilannya sangat anggun menampakkan ketegasan seorang wanita yang berada di kelasnya yang tersendiri.
            “Jangan kurang ajar sangat. Mama cakap letak barang tu!”
            Harry melepaskan beg yang sederhana besar itu menghempap lantai. Suasana menjadi tegang.
            “Kau fikir mama ni tunggul!” Laura turun sambil berpeluk tubuh. Dia berjalan dan berdiri betul-betul menghadap anak lelakinya itu.
            “Kenapa ambil barang-barang saya dari asrama?” Harry bersuara. Tanpa memandang wajah mamanya.
            “Siapa izinkan kamu tinggal di asrama?! Mama dah banyak bersabar dengan kamu, Hairy Fattah! You’re too much!
            Why... what are you so scared of?!” balas Harry dengan berani.
            “Kamu ingat mama tak tahu! Kamu tinggal di asrama supaya senang nak lakukan latihan, kan? Nak jadi atlet renang... what’s nonsense?!
            Harry menentang mata mamanya. “Saya tetap akan teruskan walaupun kat mana saya tinggal.”
            “Langkah mayat mama dulu kalau kamu masih nak jadi seorang atlet! Selepas tamat sekolah tinggi. Mama akan masukkan kamu ke Tokyo University. Belajar pengurusan dan warisi syarikat mama. Ingat tu!”
            “Saya dah penat cakap hal ni... saya tetap akan cakap yang... I’m not interested!” Harry berdiri tegak menunjukkan ketegasan akan keputusan untuk masa depannya.
            “Ka... kamu ni memang anak tak kenang budi!” Laura cuba untuk memukul Harry tetapi dihalang oleh salah seorang butler di rumah itu.
            “Bertenang, madam. Perkara ni perlu dibincangkan baik-baik.” Lelaki itu cuba menghalang Laura dari memukul Harry. Laura meronta-ronta minta dilepaskan.
            Harry terus bergerak untuk keluar dari rumah. Namun, ditahan oleh Tam yang berada di depan pintu utama.
            “Tuan muda, jangan macam ni. Madam balik semata-mata kerana tuan muda. Dia tinggalkan segala urusannya demi tuan muda. Jadi, tolonglah...” Tam cuba untuk menghalang Harry keluar dari rumah. Perkara itu perlu dibincangkan dengan baik. Semuanya bermula apabila Harry, anak tunggal mereka tidak menunjuk rasa minta untuk mewarisi empayar perkapalan mereka yang berpusat di Jepun itu. Malah, Harry lebih menyukai sukan renang dan bercita-cita tinggi dalam bidang itu.
            “Tidak... dia bukan balik kerana risaukan saya. Dia lebih risaukan syarikat dia yang tiada pewaris!” Ujar Harry tegas dan cuba menolak tubuh sasa Tam yang menghalang jalannya.
            “Kamu jangan jadi anak derhaka! Masuk dan jangan pergi ke mana-mana!” Jerit Laura dari dalam.
            Harry tidak jadi untuk melangkah. “Selagi mama tidak buang sikap pentingkan diri mama tu, jangan menuduh saya anak derhaka.”
            “Cukup!!” satu suara yang kuat kedengaran memecah suasana. Masing-masing mencari arah suara itu dan mereka terkejut kerana Sir Adam sudah berada di halaman rumah dan baru turun dari keretanya.
            “Kamu fikir rumah aku ini, medan berperang!”
*********
            SUASANA kembali sunyi dan tenteram namun tetap tegang. Kepulangan Sir Adam sememangnya tepat pada masa dan keadaan. Mereka bertiga duduk di ruang tamu dalam keadaan agak tegang. Laura memandang wajah Harry dengan geram bercampur marah. Sejak kecil anaknya itu suka melawan katanya. Entah sikap siapa yang diikutinya. Bukan setakat itu sahaja, anaknya itu bertukar lebih kuat memberontak apabila meningkat remaja. Sikap keras kepalanya semakin kritikal dan langsung tidak mendengar arahannya.
            “Kenapa ayah benarkan dia tinggal di asrama?” soal Laura membuka bicara.
            Sir Adam menarik nafas, dia melihat wajah anak perempuannya dan cucunya silih berganti.
            “Laura, macam mana kamu berdegil ingin merantau ke negara orang untuk memulakan perniagaan dulu... macam itulah degilnya anak kamu ini. Jadi, apa yang kamu nak hairankan...”
            Laura terasa ayahnya memulangkan batu buah keras. “Laura dah buktikan kat ayah yang Laura dah berjaya, kan?”
            “Jadi... kamu fikir yang Harry tak boleh berjaya?”
            “Berjaya? Apa yang seorang atlet boleh dapat? Bila dah tua tak kan nak masuk pertandingan lagi. Langsung tak ada masa depan!”
            “Mama... saya tak akan minta duit mama kalau ditakdirkan saya susah nanti. Ini pilihan saya!”
            “Kamu!” Laura menjegil mata melihat Harry yang pandai melawan cakapnya itu.
            “Papa kamu pun sangat kecewa. Mama dan papa dah berusaha keras untuk kamu, Harry. Apa yang kami ada sekarang semuanya untuk kamu. Tapi, apa yang kamu dapat berikan pada mama dan papa? Cuba cakap?!”
            “Saya tak minta apa-apa pun dari mama.”
            “Ayah... tengok tu. Dia ni memang menyakitkan hati!”
            “Laura... kita lihatlah dulu sejauh mana kemampuan dia. Kalau sekarang dia mampu untuk mencipta nama. Itu boleh dikira dia mempunyai masa depan dalam sukan itu.” Sir Adam cuba untuk membela cucu kesayangannya.
            “Laura tak boleh terima ada anak tak kenang budi macam ni?” Laura menangis. Teresak-esak sehingga Sir Adam mengambil tempat di sebelah wanita itu dan mengurut belakangnya.
            “Bersabarlah... mungkin ada hikmah.”
            “Mama bukan risaukan masa depan saya. Tapi, masa depan syarikat dia!” Harry bangun berdiri. “Saya nak pergi mandi.”
            “Kamu cakap apa?” Laura turut bangun. “Mama sanggup hidup dalam kesibukan ini bukan untuk diri mama. Siapa sanggup menghambakan diri dalam keadaan tekanan setiap hari, menguruskan syarikat yang dari kosong sehingga boleh tersenarai dalam index Nikkei! Kamu cuba fikir! Kalau kamu ambil tempat mama... kamu hanya perlu teruskan kejayaan syarikat itu aje. Tanpa perlu bersusah payah macam mama dan papa! Mama ingin lihat hasil titik peluh kami berkembang dan hidup untuk generasi seterusnya. Sehingga ke anak cucu kamu Harry! Mereka dah tak perlu nak bersusah payah! Sebab syarikat itu warisan dari nenek moyang mereka! Ini tidak! Kamu nak hancurkan syarikat itu dalam satu generasi aje. Ataupun serahkan hasil titik peluh mama kepada orang lain untuk menikmatinya!”
            Harry terbungkam. Dia tidak mampu melawan kata-kata mama kali ini. Sir Adam turut mengeluh. Seperti tiada kesudahan kemelut yang menimpa keluarga ini.
            Tanpa sepatah kata Harry melangkah menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Laura mencekak pinggang manakala sebelah tangannya lagi memicit kepala. Dia mundar-mandir di depan Sir Adam dengan fikiran yang sesak.
            “Laura... kamu masih muda, apa kata kamu dapatkan seorang lagi anak!” saran Sir Adam dalam nada bergurau.
            Laura berhenti berjalan. Dia merenung ayahnya. “Ayah jangan nak bergurau. Saya dah terlalu stress dengan cucu ayah tu!”
            Like mother like son!” Tuan Adam menggeleng kepala.
*********
            HARRY mencampakkan beg galasnya dengan kasar ke lantai bilik. Lantas dia membuka pintu slide dan melangkah ke balkoni bilik yang menghadap pantai. Angin laut menerpa masuk ke dalam kamarnya di tingkat dua itu. Sedikit ketenangan diraih. Dia sudah lama bersengketa dengan mamanya, sejak dia meningkat remaja dan memasuki sekolah tinggi. Sejak kecil dia diasuh untuk menjadi pewaris, tetapi lama-kelamaan minatnya mulai berubah walaupun kecemerlangannya dalam bidang akademik tetap tidak merosot.
            Papanya sangat memahami, namun lebih takutkan mamanya sehingga tidak berani untuk bersuara. Papanya pernah menghadiri pertandingannya ketika di Melbourne tahun lepas. Itupun tanpa pengetahuan mamanya. Sebab itulah semangatnya sangat berkobar-kobar sehingga dia berjaya muncul juara keseluruhan. Melihat wajah ceria papa membuatnya sangat bersemangat. Walaupun mereka jarang bertemu, namun pertalian mereka sangat rapat.
            Berbeza dengan mamanya, Laura. Sejak kecil wanita itu lebih mementingkan pelajarannya, prestasinya, tanpa mempedulikan rasa hati kecilnya. Dia mahu keluar untuk bermain dengan rakan sebaya, tetapi mama menghalang dengan menyuruhnya belajar bahasa Perancis dan Jepun. Kedua bahasa itu telah dikuasainya sekarang. Hidup zaman awal remajanya banyak dihabiskan dengan menghadap wajah guru peribadi. Kalau remaja lain ketika itu, ibu bapa mereka menghantar ke kelas piano dan sebagainya. Tetapi, dia langsung tidak berpeluang.
            Jiwanya mulai memberontak. Sehinggalah mama dan papanya berpindah ke Jepun, dia tidak mengikutinya. Atuknya, Sir Adam mahu dia dibesarkan di Malaysia. Mama sangat berat hati namun terpaksa lepaskan juga. Lagipun, keadaan mereka di sana sangat sibuk dan tidak mungkin dapat menjaganya dengan baik. Setiap hari mamanya akan menghubungi untuk mengetahui keadaan pelajarannya. Tetapi, langsung tidak pernah menyoal akan kesihatannya.
            Diam-diam atuk telah menghantarnya ke kelas renang. Sejak dia mempelajari teknik berenang dengan baik, kolam renang dan laut di belakang rumahnya menjadi tempatnya melepas geram. Masuk sahaja sekolah tinggi, dia mula mewakili sekolah sehingga berjaya ke peringkat antarabangsa. Tetapi, perkara itu dapat dihidu oleh mamanya. Wanita itu pulang dan mengamuk dengan lebih dahsyat dari kejadian hari ini. Mamanya benar-benar tidak mahu dia terlibat dalam bidang sukan, walaupun atuk menjelaskan itu sekadar hobi.
            Dari hobi menjadi cita-cita. Harry sudah hilang minat untuk mewarisi empayar mamanya yang gah di negara matahari terbit itu. Sejak itulah persengketaan yang tidak pernah terpadam berlaku. Dan tiada siapa pun yang mampu mendamaikan mereka melainkan salah seorang mengangkat bendera putih tanda mengalah. Tetapi, tiada tanda-tanda salah seorang dari mereka yang mahu mengalah.
            Harry kembali ke biliknya dan menanggalkan baju. Badannya terasa gatal-gatal.
            “Miang rebung!” rungutnya. Kemudian dia mencapai tuala yang disangkut dan terus ke Jacuzzi yang terdapat dalam biliknya.
            “Kau ikut aku sampai sini, pacat! Argghhh!!!!!!”