Wednesday, 29 August 2012

Kekasih Palsu 3,4


BAB 3
            AKU sudah menduga singa jadian itu pasti naik darah apabila melihatku di taman itu bersama Sallyna. Matanya mencerlung tajam memandangku dengan bengis.
            “Kau cuba nak cakap apa dengan dia?” Harry menyoalku dengan tegas.
            “Tak... tak ada apa-apa.” Aku berdalih. Selangkah kakiku ke belakang. Bersedia untuk cabut lari jika singa jadian itu ingin membuat sesuatu di luar jangkaan.
            “Aku ada banyak benda yang kena settle. Lepas ni aku akan uruskan kau pulak. Kau larilah dalam lubang cacing pun. Kau tetap tak akan terlepas dari tangan aku. Faham?!”
            “Tapi, saya nak tanya...” Aku beranikan diri meninggikan suara. “Kenapa mesti awak nak tipu Cik Sallyna? Dia betul-betul sukakan awak!”
Harry ketawa sinis. Sakit hati aku dibuatnya.
“Kau tak ada hak nak campur urusan peribadi aku.”
“Saya tak akan menyamar jadi kekasih awak, Tuan Muda Harry! Awak ni lelaki paling teruk pernah saya jumpa dalam dunia ni!”
Harry membesarkan matanya. “Perempuan celupar! Kau fikir kau sedang bercakap dengan siapa!” Harry melangkah pantas mendekatiku.
Aku tidak tunggu lama untuk melarikan diri. Sekuat hati aku membuka langkah menuju ke pintu pagar belakang yang berhampiran dengan Asrama Puteri Kristal. Debukkk!! Kepalaku seperti dibaling dengan sesuatu dan aku terus terjatuh tertiarap. Hidungku terasa seperti ingin patah, nasib baik tak ada tahi lembu kalau tidak sudah pasti aku tertelan kek coklat paling enak di dunia!
“Adoiii!!” Aku menjerit kesakitan. Kulihat sebiji bola sepak terguling-guling di padang rumput itu. Celaka! Mana dia dapat bola tu!
Thanks, guys!” Laung Harry sambil mengangkat tangan kepada sekumpulan pelajar berbaju sukan yang dalam perjalanan ke padang sekolah. Mereka tersenyum kembali kepada Harry. Ada juga yang ketawa besar.
Anything for you, new president!” Mereka ketawa beramai-ramai apatah lagi melihat keadaanku yang pening-pening lalat.
            New President!!! Oh, My god! Aku berusaha untuk bangun. Bertambah berkuasa la mamat gila kuasa ni nampaknya!
            “Macam mana, best tak?” Tanya Harry sambil menyepak bola itu semula kepada sekumpulan junior-juniornya itu.
            Aku menggosok-gosok kepalaku yang terasa pening dek penangan bola itu sebentar tadi. Memang lelaki ni... argghhhh!!
            Harry menggosok-gosok kepalaku dengan kasar. “Sebab tu la jangan nak berani menentang aku. Kau yang degil! Sekarang padanlah muka!” Harry sempat tersenyum sinis kepadaku.
            “Awak ni memang tak berhati perut layan perempuan macam ni!”
            “Kau perempuan ke?” Harry berpura-pura ketawa besar. Seronok sungguh dia mentertawakan aku nampaknya.
            “Balik asrama dan teruskan kerja kau. Ingat! Jangan sesekali bocorkan rahsia tu kepada sesiapa. Kalau tidak, kau akan menyesal!” Ujar Harry sambil menolak kepalaku dengan hujung jarinya.
            Kasar sungguh lelaki ini. Main kepala pulak! Aku menjerit dalam hati kerana terlampau geram. Tak ada batu ke dekat-dekat sini?! Macam nak lastik aje kepala singa jadian bermulut busuk ni!
**********
            HARI isnin yang paling suram bagiku. Dengan langkah yang lemah aku memasuki pintu pagar sekolahku. Sekolah harian biasa yang bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Adam Taylor. Mulutku muncung sedepa sambil mengumpat lelaki kasar itu dalam hati. Kalau bukan kerana terdesak. Aku tak akan pijak sekolah itu lagi! Mana lagi aku nak dapatkan kerja sambilan yang sesuai dengan statusku yang masih pelajar sekolah. Sabar... sabar, Aya!
            “Wuuuu!!” Jeritan bergema dalam bilik kelasku sebaik saja aku melangkah setapak memasukinya.
            “Wah... wahhh! Seronoklah dia dapat masuk sekolah hot tu! Mesti ramai gila mamat-mamat handsome, kan!” Rita menjerit kecil dan menarikku ke depan.
            “Aya cubalah cerita sikit. Tak kan tak nak kongsi kut. Kau ada jumpa Tuan Muda Rayyan?? Ataupun William anak duta tu?! ceritalahhh!!”
            Begitu ramai rakan-rakanku mengerumuni aku dengan harapan aku membawa cerita menarik dari sekolah putera-putera idaman mereka. Aku mengeluh...
            “Jumpa...” jawabku dengan lemah.
            “Waahhh!!” Mereka semua menjerit keriangan.
            “Tuan Muda Harry... betul ke dia jadi presiden baru?” Kini Bella pula menyoal dengan teruja.
            “Kau orang pergilah tanya dia sendiri. Aku tak ada mood ni!” Aku terus menuju ke tampat dudukku dan meletakkan beg dengan kasar. Nama jin tu lagi... tak ada orang lainkah?!
            “Lah... dapat jumpa lelaki paling hot kat sekolah tu pun boleh hilang mood ke?” Rita menyoalku dengan hairan.
            “Blahh la hot! Kurang ajar je semua tu!” Bentakku dengan kuat sehingga semua rakanku terdiam. Mereka memandang sesama sendiri. Pelik dengan perubahan sikapku gamaknya, dari periang kepada moody.
            “Berani kau cakap putera kami macam tu. Tak baik tau!” Jeslina menepuk mejaku dengan kuat. Terperanjat aku dibuatnya. Susahlah bercakap dengan peminat fanatik lelaki-lelaki hot sekolah sebelah ni. Nanti aku pula yang di tibainya. Silap haribulan direjam sampai mati.
            “Kelab tari sekolah kita dijemput ke majlis tari-menari kat sekolah dia orang tau. Aku nak pergi shopping baju yang paling cantik nanti!” Ujar Bella dengan riang. Dia adalah Presiden Kelab Tarian sekolah ini. Kelab Tarian itu di bawah Persatuan Seni dan Budaya.
            Jelousnya... nak pergi jugak!” Kata yang lain pula. Masing-masing menarik tangan Bella menunjukkan betapa mereka cemburu akan rakanku yang seorang itu. Isabella walaupun anak orang berada namun dia sangat merendah diri.
            Aku menjelir lidah. Tak kuasanya aku. Nanti! dia orang pun akan pergi ke? Alamak... macam mana dengan penyamaran itu nanti. Tak kan seluruh isi perut sekolah aku ni akan tahu kut. Walaupun tak masuk melodi TV3, tapi aku sudah rasa bahang-bahang gosip yang bakal tercetus. Lagi tungang-langang la hidup aku lepas ni. Ini singa jadian tu punya pasallah!
*******
            WAKTU rehat. Aku terlalu rimas dengan beberapa pelajar perempuan yang mengerumuni aku dan bertanya tentang pelajar sekolah sebelah itu. Aku macam nak naik sawan jadinya!
            “Tuan Muda Harry comel tak bila tengok dekat-dekat?!” Soal juniorku dengan wajah berbunga-bunga.
            “Dik... muka dia banyak sopak! Hidung dia penyek macam roti canai ni! Nampak tak?!” Aku mengangkat roti canai yang masih tidak diusik itu depan mata mereka.
            Rita dan Bella ketawa kecil mendengar kata-kataku. Dan junior-juniorku itu dengan wajah hampa terus meninggalkan aku.
            “Kau dah jadi popular kat sekolah kita sebab dapat masuk sekolah hot tu!” Ujar Rita dengan riang. Gadis yang sederhana namun suka memakai make up. Kadang-kadang dia boleh mengalahkan aku dalam kategori badut sekolah! Aku sedar aku ni memang buta fesyen. Pakai pun, apa orang kedah cakap. Ikut dan ja!
            “Tak kuasa aku.” Aku tiba-tiba hilang selera makan.
            “Aaa...”
            Jeritan pelajar-pelajar perempuan tiba-tiba meletus menyebabkan aku tidak jadi meneruskan suapan.
            “Ada pelajar Adam Taylor masuk kawasan sekolah kita!!!”
            Jeritan itu bergema lagi dan mereka beramai-ramai berlari meninggalkan kantin sekolah.
            “Biar betul?!” Bella dan Rita berpandangan sendiri. Kemudian mereka serentak bangun dari tempat duduk.
            “Jom! Tunggu apa lagi!” Rita mengorak langkah meninggalkan makanannya.
            Aku ternganga. Gila! Apa sudah jadi ni? Aku memandang sekeliling dan hampir tiada sesiapa pun di kantin itu kecuali aku dan pelajar lelaki yang tidak ambil pusing dengan kehadiran pelajar Adam Taylor itu.
            “Cepatlah Aya!!”Bella kembali kepadaku apabila melihat aku masih tidak meninggalkan tempat duduk.
“Woi! roti canai aku belum makan lagi la, woi!” Tanganku direntap oleh Bella sehingga aku terpaksa juga bangun dan berlari mengikuti mereka. Sempat juga aku mencapai sekeping roti canai aku. Sayang kot! Sekeping seringgit tu.

            “KACAKNYAAA....” beberapa pelajar yang lebih junior dariku menjerit kecil. Semua pelajar mencuri pandang dari tingkap kelas dan ada juga yang berkerumun di kawasan lobi sekolah sambil memerhati dari jarak dekat lelaki berseragam kemas dengan lencana Adam Taylor High School terpampang di dadanya. Lelaki itu sedang bercakap dengan ketua pengawas sekolah kami dan disertai juga beberapa pengawas lain.
            “Ini... kad jemputan untuk Kelab Tarian sekolah ni untuk menghadiri majlis tari-menari tahunan Adam Taylor. Saya selaku Ketua Projek majlis tu mewakili pihak sekolah kami untuk menjemput kalian.” Ujar lelaki kacak itu dengan bergaya. Senyumannya mampu membuatkan beberapa pelajar-pelajar perempuan terjerit kecil.
            “Tuan Muda Rayyaannn!!” Seorang pelajar perempuan berlari menghampiri lelaki itu. Semua orang kelihatan terpinga.
            Aku menjenguk di sebalik pelajar-pelajar lain yang memenuhi kawasan lobi pada waktu rehat yang hampir ke penghujung itu. Mataku dapat melihat dengan jelas Ray tersenyum ramah kepada pelajar perempuan tadi. Rita dan Bella sudah hilang dari pandanganku. Mungkin mereka menyelit sehingga ke depan. Aduhai...
            “Terimalah... hadiah ni. Saya dah lama simpan untuk berikan kepada Tuan Muda Rayyan.” Ujar pelajar itu sambil menghulurkan sekotak hadiah kepada Ray.
            “Terima kasih...” Ray menyambut. Maka, seluruh pelajar perempuan terlompat-lompat keseronokan. Rayyan pandai mengambil hati!
            Aku ternganga dengan luas. Ngeri betul... Rayyan memang berbudi bahasa dan tidak memalukan peminat-peminatnya. Tidak seperti Harry yang selalu menolak mentah-mentah sesiapa saja yang ingin memberikannya hadiah. Tapi, tak ada siapa yang serik pun. Hairan!
            Kemudian Rayyan melambai tangan kepada kami semua kerana dia sudah ingin pulang ke sekolahnya.
            “Alahai... kacaknya dia...” riuh pula keadaan ketika itu.
            Ray ingin melangkah pergi tetapi dia terpandang aku yang juga turut ingin melangkah ke kelasku.
            “Aya!”
            Langkahku terhenti dan aku menoleh kepadanya. Dari jauh aku melihatnya tersenyum kepadaku.
            “Jumpa petang nanti ya!” Dia melambai tangan ke arahku dan apalagi semua pelajar perempuan melopong.
            “Bertuahnya kakak senior tu...” Itulah yang aku dengar dari mereka.
            “Jumpa nanti, Ray!” Aku sengaja menghangatkan lagi suasana. Apa salahnya... tumpang populariti!! Hahaha...
**********
                        TUAN Muda Harry. Singa jadian itu sememangnya sangat berpengaruh. Apatah lagi sekarang ini dia memegang jawatan Presiden Persatuan Pelajar Sekolah Tinggi Adam Taylor. Dan dia telah meletak jawatan sebagai presiden asrama. Tempatnya itu digantikan oleh Ray. Namun, biliknya tetap tidak berubah, tetap di sebelahku walaupun itu bilik khas untuk presiden asrama. Ray lebih selesa berada di bilik lamanya yang dikongsi dengan Will dan Sam.
            Oh! Aku terlupa untuk menceritakan tentang Sam. Nama sebenarnya Syamir Datuk Iskandar. Anak lelaki ahli politik yang berpengaruh. Dia adalah kapten bola sepak sekolah ini. Sama seperti Ray, Will dan singa jadian itu. Sam juga ada peminat-peminatnya yang tersendiri. Apatah lagi title yang dipegangnya playboy terhangat yang paling dikehendaki kaum wanita!
            Itulah antara jejaka-jejaka paling top, hot, dan popular di sekolah ini. Bukan sahaja kerana rupa paras mereka yang kacak-kacak belaka, malah mereka ini sangat berpengaruh di sekolah dengan memegang jawatan-jawatan terpenting dalam persatuan. Kenapa Persatuan Pelajar sekolah ini sangat penting dan berpengaruh? Ini kerana penubuhan persatuan pelajar adalah untuk menjaga kebajikan semua pelajar elit sekolah ini yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Malah ahli-ahli Persatuan Pelajar sekolah ini terdiri dari mereka yang memiliki kepimpinan yang sangat luar biasa.
Jika mereka diberi tugas oleh para guru, mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk melaksanakannya dengan baik. Sebab itulah mereka... ahli Persatuan Pelajar Adam Sekolah Tinggi Adam Taylor menjadi individu terpenting di bawah pengetua. Suara presiden lebih berkuasa dari tenaga pengajar sekolah ini kerana beliau mewakili suara beribu pelajar anak golongan ternama yang bakal menjadi individu elit masa hadapan.
            Pintu biliku diketuk bertalu-talu. Aku yang sedang sibuk menelaah buku fizik itu terasa sangat terganggu. Sudahlah sejak petang tadi aku tidak sempat mengulang kaji kerana membantu Kak Siti uruskan beberapa perkara, malam ini pula aku diganggu.
            “Ada apa?” Aku terus sergah sebelum aku melihat siapakah tetamuku itu.
            “Masuk bilik aku kejap!” Arah Harry lalu terus memusingkan badannya dan melangkah ke biliknya di sebelah.
            Aku ternganga dengan luas. Bodoh ke apa?! Aku gadis melayu terakhirlah. Ingat mudah-mudah nak masuk bilik lelaki! Dasar mamat celup!
            “Aaaaa!!!” Aku terjerit kecil apabila kolar bajuku ditarik dengan tiba-tiba. Harry rupanya berpatah balik apabila melihatku masih tidak bergerak.
            Aku ditarik masuk ke dalam bilik lelaki itu. Kemudian, pintu bilik itu ditutup rapat. Aku seperti tidak percaya dengan lelaki ini!
            “Kenapa kau susah sangat nak dengar arahan aku hah? perempuan lembap!” Harry mencekak pinggang.
            “Saya tak lembaplah! Setiap tahun saya dapat nombor satu dalam kelas tahu tak?!!” Aku turut menengkingnya. Putera angkuh yang tak sedar diri! Namun ayat itu aku hanya simpan untuk masa yang terdesak. Kini aku berada dalam biliknya. Aku harus atau wajib tidak menaikkan darahnya yang sepanas lava gunung berapi itu.
            “Kelas kau mesti yang paling tercorot kat sekolah tu, kan?!”
            “Heyy!!” Aku menjerit sepuas hati. Kelas aku walaupun tidaklah yang paling teratas tapi bukanlah yang paling tercorot! Aku ingin membalas namun dia lebih pantas menekup mulutku dengan tangan kasarnya.
            “Cukup!” Atau kau nak aku cium mulut murai kau tu?!” Harry seperti bersungguh-sungguh menyebabkan aku menggeleng kepala berkali-kali.
            “Kalau macam tu duduk!” Arahnya sambil meletakkan kerusi belajarnya di sebelahku. Tanganya turut dialihkan dari mulutku. Lega...
            Aku duduk dengan berjaga-jaga. Mataku sentiasa awas memerhati setiap pergerakannya. Aku tidak mahu terleka walau sesaat. Sempat juga mataku meliar di sekitar biliknya. Bilik yang agak luas, disertakan juga penyaman udara. Katil bujang diperbuat dari kayu berkualiti tinggi, juga terdapat meja tulis, serta rak buku yang agak tinggi. Rak itu dipenuhi buku-buku dan pelbagai fail, mungkin terdapat pelbagai data disimpan dalam fail-fail itu. Di kananku pula terdapat set sofa kecil untuk tetamunya barangkali, atau tempat untuk perbincangan sesama rakan-rakan persatuan pelajar. Almarinya besar dan tiada baju yang bersepah. Semunya teratur, cukup kemas. Lelaki ini ada gaya lelaki maskulin! Sempat aku memuji dalam benci. Sebenarnya... taklah benci sangat.
            Harry duduk di atas tilam empuknya. Tubuhnya lampai, wajahnya kacak, hidungnya mancung dan yang paling seksi bibirnya yang merah merekah. Aku sedikit leka apabila menilik dirinya itu. Bangun Aya! Jangan kau terpedaya dengan lelaki ini! Aku kembali ke dunia yang nyata. Mataku kembali segar dan dapatku lihat Harry merenungku dengan lain macam.
            “Kita akan jadi couple lepas ni. Aku nak tahu semua tentang diri kau. Cerita kepada aku dengan ringkas, padat dan tepat!” Harry bersuara dengan tegas.
            Aku menjelingnya dengan sinis. “Eh... saya tak pernah bersetuju nak jadi kekasih awak!”
            Harry semakin merenungku dengan tajam. Matanya semakin mengecil dan menikam jantungku. Errkk..!
            “Sa... saya...” Aku menelan liur yang terasa pahit. “Saya... tak ada apa-apa yang nak diceritakan...” Aku menunduk. Aduh... takut sungguh aku dengan lelaki ini. Aku terasa seperti hamba abdi pula!
            “Ayah kau dah sihat?” Soalnya perlahan.
            Aku kembali menentang matanya. Terkejut aku dibuatnya. “Ma... macam mana awak tahu pasal ayah saya?!”
            Harry hanya diam seribu bahasa. Aku pula yang terasa cuak sendirian.
            “Perempuan lembap, aku bekas presiden asrama! Apa yang aku tak tahu tentang seluruh warga asrama ni?!” Jawabnya selang beberapa saat.
            Aku mencebik. Buat aku gabra saja mamat ni. Ingatkan dia ni cucu Sir Adam Taylor. Majikan ayahku dahulu. Villa Taylor sangat besar dan mempunyai ramai pelayan. Ayahku tidak pernah membawaku masuk dalam villa itu namun aku selalu berjumpa dengan ayah di pintu pagar villa yang gah itu. Kereta yang keluar masuk di villa itu mewah-mewah belaka namun aku tidak pernah melihat orang di dalam kereta itu kerana semuanya bercermin gelap gelita! Sudahnya... aku hanya mendengar cerita dari ayah yang cucu bekas pengetua merangkap pengasas sekolah Adam Taylor juga bersekolah di sekolah ini. Namun, identitinya dilindungi. Mustahillah singa jadian ini! Kalau tidak dia mesti tinggal di Vila Taylor yang terletak tidak jauh dari sekolah ini dan bukannya di asrama ini!
            “Abang saya... yang jaga ayah saya dengan adik-adik saya. Saya tinggal kat sini sebab senang untuk ke sekolah dan senang saya nak buat kerja saya kat asrama ni. Tak perlu nak berulang alik. Mak saya pula dah meninggal selepas melahirkan adik bongsu saya. Kami jatuh miskin sejak ayah dah tak boleh kerja. Tapi, kami tak pernah meminta bantuan orang. Sedangkan Tuan Adam pun ingin membantu dengan mengambil salah seorang dari kami dan dijadikan cucu angkat. Ayah saya menolak... dia tak rela memisahkan kami adik-beradik.” Aku terasa sebak setiap kali salasilah keluargaku dibuka.
            Harry terdiam lagi. Matanya merenungku dengan lembut.
            “Tak semestinya kamu adik-beradik akan berpisah selepas menjadi cucu angkat Tuan Adam. Dia bukannya akan mengurung kamu!”
            “Tapi... kami pun tak mahu!” Aku membalas. “Kami rela hidup macam ni dari berpisah adik beradik!”
            Harry ketawa sinis. “Habis kau tinggal kat sini macam mana pulak?! Sama saja kan?!”
            Aku pula terdiam. Betullah kata mamat tu! Ahh... pedulikan semua itu, aku tak rela melihat adik-adikku berpisah dengan ayahku. Semestinya aku juga tidak mahu menjadi cucu angkat Tuan Adam yang berhati mulia itu. Lelaki itu sudah memeluk islam bertahun lamanya, semenjak dia berkahwin dengan seorang wanita melayu. Anak-anaknya juga ada yang berkahwin dengan wanita melayu. Tapi, kebanyakannya tidak tinggal di Malaysia kerana urusan kerja masing-masing. Itu apa yang aku dengar dari ayahku yang selalu sangat bercerita tentang keluarga kaya-raya itu.
            “Awak pula yang cerita. Kenapa mesti saya aje!” Aku sengaja mencari jalan keluar dari topik tentang kisah hidupku. Kali ini biarlah aku mengetahui latar belakang lelaki garang seperti singa ini.
            “Aku... “Harry menarik nafas panjang. Kukira tentu panjang kisahnya untuk diceritakan. Maklumlah anak golongan elit!
            “Aku... aku rasa kau dah tahu semua yang kau perlu tahu tentang aku. So, kau boleh balik bilik kau sekarang.” Arahnya dengan selamba.
            “Mana aci macam ni.” Aku tidak puas hati. Sangkaan aku meleset tentang lelaki yang tidak boleh diramal sikapnya itu.
            “Kau nak balik ke tak nak? Ke kau nak tidur kat sini? Come!!” Harry menarikku tanpa sempat aku mengelak.
            “Awak buat apa ni!” Aku meningkah. Pucat wajahku ketika itu. Harry dengan selamba merebahkan tubuhku di katilnya.
            “Kau kan girlfriend aku. Lepas ni kau tak boleh nak segan-segan lagi dengan aku.” Harry memicit kedua belah pipiku.
            “Lepaskan saya, Tuan Muda Harry. Please!” Aku merayu. Walaupun aku tahu dia sengaja mengusikku.
            Back to your room. Sebelum aku mengubah fikiran.” Harry tersengih. Dia bangun dan duduk di hujung katil.
            “Keji!” Aku menjerit. Lantas aku bangun dan berlari ke pintu biliknya. Sakit betul hatiku dengan sikap diktatornya itu. Namun debaran di dadaku masih belum berkurang, mujurlah dia hanya main-main!
            Aku membuka pintu itu dengan kasar dan sempat aku dengar ketawa besarnya apabila pintu itu ditutup. Aku yang terasa wajahku hangat terus menuju ke biliku. Langkahku mati apabila aku terlihat Ray di depan. Tidak jauh dari tempatku berdiri dan lelaki itu mempamerkan wajah yang sukar aku gambarkan. Ya Allah!! Ray nampak aku keluar dari bilik presiden!
            “Se... senior Ray...” Aku cuba menegurnya. Mukaku terasa lebih membahang. Malunyaaa....
            “Saya datang nak berjumpa dengan presiden. Ada hal sedikit.” Ray masih tersenyum walaupun aku rasa pelik riaksi wajahnya. Seperti senyum paksa!
            “Iye...” Aku menunduk sedikit lalu memulas tombol pintu biliku. “Selamat malam, senior.” Ucapku sebelum masuk ke bilik dan menutup pintu rapat-rapat. “Malunya!!” tiba-tiba aku terasa ingin menangis pula. Kenapa aku tak boleh lari dari singa jadian itu? Atau kau yang sebenarnya tak mahu lari Aya?! Ahhh... serabutnya!
**********
BAB 4
SEMAKIN hampir dengan majlis tari-menari itu aku semakin berdebar, mana tidaknya aku akan diperkenalkan sebagai kekasih presiden persatuan pelajar sekolah ini. Kalau boleh aku ingin mengelak dari semua ini, tetapi aku seperti tidak berdaya melepaskan diri dari singa jadian itu. Sumpah, tiada sedikit pun rasa bangga yang terselit di hatiku melainkan rasa seperti boneka yang dikawal oleh seorang diktator.
            “Hai, si comel!!” Aku tiba-tiba di sapa oleh salah seorang warga Asrama Putera Emas yang turun bersarapan pada pagi itu. Aku turut bersarapan di dewan makan yang dilengkapi penyaman udara, pentas persembahan, malah meja-meja yang dihias cantik dan pelbagai lagi kemudahan. Seperti dewan di hotel.
            Sorry, pasal hal hari tu. Kita orang tak sempat nak minta maaf kat Cik Aya.” Ujar salah seorang pelajar yang agak berisi. Mereka dalam lingkungan 6 orang datang duduk di depan aku. Ada juga yang berdiri kerana tiada tempat duduk kosong memandangkan meja bulat yang aku duduki itu hanya memuatkan 5 orang.
            Aku hanya mengangguk. Bukan salah mereka sangat. Aku yang cuai, tidak mengunci pintu.
            “Teruk kami kena dengan presiden pasal hal tu.” Rungut pelajar lelaki yang memakai tag nama Fitri. Ramai juga pelajar melayu di sekolah ini.
            “Kena apa?” Aku terasa berminat pula ingin tahu.
            “Kami kena cuci tandas, bersihkan kawasan padang sekolah yang besar tu. Tak boleh mandi kat kolam air panas selama sebulan. Macam-macamlah!” keluh pelajar berisi itu pula.
            “Lepas ni legalah. Dia dah tak jadi presiden asrama. Boleh la kami kacau Cik Aya lagi, kan?”
            Aku tersengih seperti kerang busuk. Mereka ni....
            “Setuju! Memang best dia dah tak jadi presiden asrama!” Aku mengangkat lima jari. “Give me five!” Ujarku sambil ketawa ceria.
            Yeahh!!” mereka menyahutku. Kami ketawa beramai-ramai.
            “Cik Aya ni memang sempoilah... tak macam student perempuan kat sekolah ni. Semuanya nak control cantik aje.”
            “Hehehe...” Aku ketawa bangga. Kembang kempis hidungku dibuatnya.
            “Comel pulak tu. Nak couple dengan saya?!” Tiba-tiba Fitri meyoalku dengan ketawa kecil. Tangannya dihulur kepadaku. Rakan-rakannya turut ketawa nakal.
            “Ala... terlambatlah, presiden dah lamar saya. Hahaha...” Aku sengaja membalas usikan mereka itu dengan perkara yang betul.
            “Alamak... presiden la pulak. Kalau orang lain saya boleh la main rebut-rebut!” Ujar Fitri yang ternyata bergurau sebentar tadi.
            Aku tersenyum panjang. Bestnya... tak semua pelajar lelaki kat sekolah ini teruk! Ada juga yang low profile seperti mereka ini walaupun aku tahu mereka ni bukan calang-calang juga. Lihat saja gaya mereka yang sangat mewah dari kaki sampai ke hujung rambut! Sudah seperti kumpulan K-pop la pulak. Jambu-jambu belaka pula tu. Hai Aya... senyum sikir-sikit sudah!
**********
            APA KHABAR orang kampung lama sudah tak berjumpa! Lalalala... sedap juga menyanyi lagu Sudirman itu sambil berjalan kaki ke sekolah. Aku baru keluar dari kawasan Asrama Putera Emas untuk menuju ke pintu pagar sekolah ini. Sebenarnya, aku rindukan suasana kampung arwah ibu di utara tanah air. Sejak ibu meninggal kami jarang pulang ke sana.
            “Itu bukan ke baju seragam sekolah biasa. Apa dia buat kat sekolah kita ni?”
            “Tengoklah gaya rambut dia. Teruk betul.”
            "Tiba-tiba aku terasa telingaku panas. Mataku sempat menangkap beberapa pelajar perempuan Adam Taylor High School sedang berkumpul di satu tempat sebelum memasuki kelas. Mereka berbisik sendiri sambil mencebik bibir melihatku yang lalu di depan mereka untuk menuju ke pintu pagar sekolah itu. Teruk sangat ke penampilan aku ni? Baju kurung putih dan kain berwarna biru laut. Rambutku yang panjang paras bahu kuikat tocang. Turut disertakan cekak berwarna hijau. Warna kegemaranku. Macam badutkah?! Aku cuba memekakkan telinga. Jangan cari pasal kat tempat cari makan. Kalau mereka cari pasal dengan aku kat luar pintu sekolah ni baru tahu langit tinggi rendah.
            “Aya..!”
            Aku berhenti melangkah apabila ada seseorang melaung namaku. Aku menoleh ke kanan dan melihat Ray melangkah laju menuju ke arahku. Lantas aku melambaikan tangan kepadanya. Malu kepada Ray tentang hal semalam cuba aku ketepikan.
            “Nak pergi sekolah ke?” Soal Ray tatkala berhenti di depanku.
            “Taklah... nak pergi clubbing.” Aku sengaja membuat loyar buruk. Sudah gaharu cendana pula si Ray ni. Lelaki itu ketawa, sungguh kacak! Aku pula tersenyum simpul dek penangan senyumannya itu. Uhuks! Cutenya Senior Ray.
            “Tengoklah... dia bercakap dengan Senior Ray.” Suara budak-budak perempuan tadi kedengaran semula. Aku tersengih dalam hati.
            “Berani betul...” Budak perempuan yang memakai cermin mata itu ingin datang ke arah kami namun dihalang oleh rakannya. Wajahnya ternyata penuh cemburu!
            “Ini...” Ray mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Aku hanya memerhati dengan penuh tanda tanya.
            “Hadiah?” Aku ternganga. Kotak yang berbalut cantik itu bertukar tangan. Aku memerhati dengan teruja. Apakejadah si Ray ni nak bagi aku hadiah? Hari ni hari jadi aku ke? Aku mencongak dalam hati. Ehh! Bukanlah. Habis tu untuk apa?
            “Untuk apa ni Senior Ray?” akhirnya aku bertanya setelah puas otakku bekerja memikirkan tujuan dia memberiku hadiah itu.
            “Berhenti panggil saya senior.” Ray melemparkan senyuman manis kepadaku.
            “Senior Ray... mana boleh macam tu. Ini lebih baik saya panggil senior, tuan muda.” Aku mengetap bibir. Sengaja membuat segan-silu. Manakala pelajar-pelajar perempuan tadi semuanya ternganga melihat telatahku dengan lelaki paling hot sekolah ini. Aya! Kau dah berjaya bagi mereka sedar langit tinggi ke rendah. Haha... aku ketawa bangga dalam hati.
            “Hadiah tu...” Ray membuka mulut selang beberapa saat kami terdiam.
            Yelah! Macam mana aku boleh lupa fasal hadiah ni.
            “Senior... hari ni bukan hari lahir sayalah. Senior dah salah hari bulan ni.” Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
            Ray mendekatkan bibirnya di telingaku. Badannya yang lampai itu dibongkokkan.
            “Hadiah ni... awak tolong berikan kepada pelajar perempuan yang berikan saya hadiah masa kat sekolah awak hari tu.” Ujar Ray sebelum menegakkan badannya semula. Wajahnya yang kacak berkaca mata itu tetap manis dengan senyuman.
            Erk! Aku menelan liur. Mukaku tiba-tiba terasa panas. Aya! Bodohnya kau. Tak fasal-fasal dapat malu dua kali ganda dengan mamat ni! Ish... dia ni pun cakaplah awal-awal, taklah aku rasa malu gila macam ni.
            “Iyake...” Aku ketawa sopan sambil menutup mulutku. Aku yakin pelajar-pelajar perempuan tadi tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Ray. “Saya faham...” Sambungku menahan malu. Mukaku mula terasa panas dan pipiku sudah seperti Pikachu!
            “Ray... kau disini rupanya.” Tegur Will. Dia bersama Sam dan Harry berjalan menghampiri kami.
            Aku menyorok hadiah dari Ray itu ke dalam beg sekolahku sepantas yang mungkin. Dan aku menyedari semakin ramai pelajar perempuan Adam Taylor berkumpul tidak jauh dari kami. Mereka seperti tidak berpuas hati melihatku di tengah-tengah sekumpulan lelaki hot sekolah ini. Iaitu Ray anak pemaju hartanah terkemuka Asia. Sam, anak lelaki tokoh politik yang berpengaruh. Serta Will, anak lelaki tunggal Duta Denmark ke Malaysia. Dan... si singa jadian itu. Aku sendiri tidak pasti siapa ibu bapanya. Kerana Harry amat terkenal dengan penyakit perahsianya yang kronik!
            “Pengetua panggil kita semua berkumpul kat bilik dia. Ada hal perlu dibincangkan tentang Persatuan Pelajar.” Beritahu Sam. Sempat Sam mengerling ke arahku dan mengenyitkan mata. Ahh... dasar mata keranjang.
            “Hey, perempuan lembap! Nak pergi sekolah pun lembap ke? Sekarang dah pukul berapa!” Harry yang berdiri terpacak betul-betul di depanku membuka mulut. Matanya mencerlung tajam menikamku seperti tombak berapi.
            Aku memandangnya dengan geram. Mataku mengecil melihatnya. Kecik je aku tangok mamat ni. Tak lambat makan penumbuk sulung aku la gamaknya. Eleh, berani ke kau Aya?
            “Aku yang tegur dia tadi.” Ray seperti membela. “Pergilah sekolah... dah lambat ni.” Ujar Ray sambil menepuk belakangku dua kali.
            “Saya pergi dulu.” Aku menunduk sedikit memberi hormat kepada tuan-tuan muda di depanku ini sebelum berlari anak menuju ke pintu pagar sekolah itu.
            “Aya tu... comel betul, kan?” Ujar Sam sambil tersengih.
            “Rajin pulak tu. Semalam dia tolong pekerja lain kat dobi. Walaupun itu bukan skop kerja dia.” Balas Will pula.
            “Perempuan tu serabut nak mampus! Dah la jom pergi bilik pengetua.” Harry dengan selamba berjalan meninggalkan rakan-rakannya.
            “Presiden!!” Ada pelajar perempuan menjerit memanggilnya sambil melambai-lambai tangan. Harry sekadar tersenyum sekali. Kemudian, terus memandang ke depan tanpa mempedulikan mereka. Dengan Langkah bergaya Harry menuju ke Blok Hal Ehwal Akademik di mana terletaknya bilik pengetua.
            “Dia senyumlah!!” Lagi bertambah sukalah pelajar-pelajar itu dengan reaksi Harry yang lain dari selalu. Mantan Presiden Asrama itu terkenal dengan sikap tegas tetapi sangat kacak! Harry tidaklah sombong, namun sikapnya yang tidak suka akan perkara-perkara remeh menyebabkan dia kelihatan agak sombong.
            “Harry tu... kenapa marah sangat dengan Aya?” Soal Sam dengan hairan.
            Will hanya mengangkat bahu kerana dia sendiri turut hairan dengan sikap Harry terhadap Nur Marhaya.
            “Mari kita pergi.” Ray melangkah ke depan sambil tersenyum. Dia tahu ada sesuatu antara Harry dan Aya, cuma Presiden Persatuan Pelajar yang baru itu cuba mengaburi mata orang sekeliling.
            “Selamat pagi, Putera Cool!!” Jerit sesetengah lagi pelajar perempuan yang berkumpul tadi. Ray mengankat tangan sebelah dan melambai kepada mereka sambil berjalan menuju ke bilik pengetua.
            Coolnya dia... tak seperti presiden yang sombong tu!”
            “Apa kau cakap?! Kau kata presiden sombong! Jaga mulut kau tu.” Pelajar perempuan yang berambut pendek itu menolak rakannya dengan marah.
            “Memang presiden tu sombong.”
            “Berani kau kutuk putera aku!”
            Mereka lawan menolak bahu dan rakan-rakan mereka yang lain pula turut membuat riuh.
            Hey, girls!” Sam menjerit lantang.
            Semua mereka memandang ke arah Sam dan berhenti bertekak.
            “Di sini putera romantik kan ada... kenapa nak gaduh-gaduh!” Sam mengenyit mata sambil menghulur tangan kanannya.
            “Aaa... Senior Sam!!” Terus mereka meluru ke arah Sam. Will hanya menggeleng kepala dengan telatah luar biasa pelajar Adam Taylor ini. Seperti berada di sekolah tinggi Jepun pula. Seperti inilah suasananya. Lagipun, pelajar sekolah ini sememangnya datang dari seluruh pelusuk dunia. Ada dari Jepun, Korea, China, Eropah dan sebagainya.
**********
           
            “44 kali dia cakap aku lembap, nanti betul-betul lembap la aku jadinya. Dasar lelaki bermulut busuk!” Aku menjerit geram sambil kakiku melangkah memasuki kelas.
            “Hari-hari mulut muncung. Kami hairan dengan kau ni, Aya. Kalau kami yang tinggal kat asrama tu. Ahh!!” Bella memegang kedua belah pipinya sambil membayangkan dia berada di asrama elit itu. Pasti suasana yang penuh romantik antara dia dan semua penghuni Putera Emas yang cute dan kacak-kacak belaka itu.
            Aku melepaskan keluhan dari mulut dan berjalan menuju ke tempat dudukku tanpa mempedulikan usikan rakanku yang fanatik tu.
            “Tuan Muda Harry... mari saya tolong urutkan. Kat mana lenguh?” Rita lantas berdiri dan membuat muka manja. Lakonan yang hebat. Nak termuntah aku tengok.
            “Saya nak tengok Tuan Muda Harry berlatih renang. Boleh tak?” Bella pula menyambung lakonan Rita.
            “Hey! Dari kau korang buang masa berangan pasal mamat singa tu lebih baik tolong sapu sampah. Hari ni siapa yang bertugas!” Aku sengaja mematikan angan-angan rakanku yang mula melalut itu.
            “Aya! Kau ni tak normal ke? Lelaki kacak macam president and the geng tu pun kau boleh buat tak tahu aje.” Rita menolak bahuku dengan kasar. Mulutnya di muncungkan.
            “Iyelah... entah-entah kau ni...” Bella pula cuba mencabar kesabaranku.
            “Heyy!!” Aku menjerit. Satu kelasku terkejut dengan suaraku itu. Pelajar-pelajar lelaki yang baru memasuki kelas pula terpaku di muka pintu. Masa seperti terhenti. Semua orang berhenti bergerak dan hanya kaku sambil melihatku yang sudah berdiri atas kerusi.
            Sambil mencekak pinggang aku bersuara. “Dengar sini... aku tak minat lelaki-lelaki plastik macam pelajar Adam Taylor tu tahu tak! Dan... aku bukannya tak normal!” Aku melompat turun dari kerusi. Terus berjalan keluar dari kelas dan sempat aku melanggar bahu rakan lelaki kelasku yang masih kaku di depan pintu.
            “Ketepilah!” Aku menengking. Terkebil-kebil pelajar lelaki kelasku itu. Mereka bergerak ketepi dan saling berpandangan dengan hairan.
                         Bella dan Rita ternganga kerana tidak percaya akan kejadian sebentar tadi.
            “Aku rasa... kita dah keterlaluan kat dia.” Rita mula menyesal.
            Bella mengangguk dengan perlahan. “Aya tu... kenapa dah tak boleh bergurau sekarang ni?”
            Rita turut menggeleng. “Musnahlah harapan aku nak minta bantuan Aya untuk berjumpa dengan pelajar hot Adam Taylor tu.” Rita terduduk dengan kecewa.
            “Kau masih fikirkan dia orang sedangkan Aya dah naik meroyan tu! Jom cari dia sebelum cikgu masuk!” Bella terus menarik tangan Rita.        
*********
            “SINI-SANA orang sebut nama jin tu! Macam ni boleh naik hantu la aku!”
            Aku duduk di tebing padang sekolah. Sambil mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir. Aku rindukan ayah, abang dan adik-adik. “Kamu semua tahu tak, kakak sangat menderita kat sini. Kakak seperti hamba abdi kepada lelaki tak berhati perut tu. Mengarah, mengutuk sesuka hati. Panggil akak lembap pulak tu.”
            Aku duduk memeluk kedua belah kakiku. Di bawah pohon yang aku tidak pasti namanya itu menjadi tempat aku meluahkan perasaan.
            “Aya...” Bella duduk di sebelahku. Macam mana mereka tahu aku kat sini?
            “Aya... maafkan kami.” Rita turut duduk di sebelahku. Tanganku dicapai. Aku dikepit kedua sahabatku ini.
            “Kami janji. Lepas ni kami tak kan sebut lagi pasal Tuan...”
            Bella pantas menutup mulut Rita “Kata jangan sebut!”
            “Err... ya, betul tu. kami tak kan sebut lagi pasal mamat-mamat plastik tu. Janji!” Serentak Rita dan Bella mengangkat tangan seperti bersumpah.
            “Maafkan aku jugak. Aku tak sepatutnya mengamuk macam tu kat kau orang.” Aku memeluk kedua sahabatku itu.
            “Betul ni?” Bella menghantar pertanyaan untuk kepastian.
            “Betul...” Aku tersenyum. Kemudian senyuman aku mati apabila melihat Cikgu Azman yang berjalan ke arah kami sambil tangannya disembunyikan di belakang. Hah, sudah!
            “Cik... Cikgu Azman!” Aku terjerit kecil. Lantas Bella dan Rita juga memandang ke arah yang sama.
            “Ma... matilah kita!” Rita bangun berdiri.
            Piaapp!!! Rotan Cikgu Azman singgah di tangan kami bertiga. Sakitnya bukan kepalang. Tanganku juga berbirat dan meninggalkan kesan merah melintang di tapak tanganku. Sakit oiii! Aku terasa ingin terlompat. Ini kali pertama rotan cikgu disiplin itu singgah di tangan aku.
            “Waktu-waktu macam ni orang ada dalam kelas yang kamu bertiga boleh pulak melepak kat sini. Belajar ponteng yer!” Tengking Cikgu Azman memeranjatkan kami.
            “Maafkan kami.” Serentak kami bertiga bersuara. Seperti bujang lapok saja bunyinya.
*********
            KRINGGG!!! Kedengaran loceng berbunyi isyarat waktu rehat. Aku masih terasa sakit di tangan hanya mengeluh dan menyembamkan muka di meja. Mujurlah ketika kami masuk kelas tadi cikgu subjek Kimia pun baru saja masuk kerana ada mesyuarat pada pagi tadi. Kalau tidak sudah pasti kena marah lagi. Semuanya setan tu punya pasal lah! Sejak aku berjumpa dengan dia, hidupku terus jadi huru-hara.
            “Aya!” Rita gadis hitam manis itu menepuk bahuku. Aku mengangkat muka dengan mata separuh terbuka.
            “Jom pergi makan,” Ajaknya.
            “Takpe... kau orang pergilah. Aku tak ada selera ni.” Ujarku.
            Melihat keadaanku yang tidak bermaya itu, Bella dan Rita terus keluar menuju ke kantin. Tinggallah aku dan beberapa lagi rakan kelasku yang tidak keluar rehat.
            “Hah!!” Aku memanggung kepala dengan tiba-tiba.
            Beberapa rakanku itu tersentak sehingga terjerit kecil dengan aksi aku itu. Aku menoleh ke belakang dan sempat tersenyum hambar kepada rakan sekelasku yang berkumpul ramai-ramai.
            “Sorry.” Ujarku menyedari kesilapan. Buat orang sakit jantung aje aku ni.
            Hadiah Senior Ray! Aku terus bangun dan mengeluarkan hadiah itu dari beg yang kugantung di kepala kerusi.
            “Untunglah kau...” Sempat aku cemburu apabila melihat hadiah itu.
            Aku melangkah menuju Blok B sekolah yang menempatkan pelajar tingkatan tiga. Kakiku berhenti di depan kelas 3A. Aku kenal pelajar yang memberi hadiah kepada Senior Ray itu. Satu kelab dengan aku jugaklah. Apa yang aku tahu tentang Ray, dia adalah lelaki yang sangat cool. Apa-apa pun dia senyum saja. Malah dia sangat peramah dengan peminat-pemintanya. Ceh! Macam artis aje. Tapi, itulah hakikatnya sekarang. Ray sangat baik hati, sesiapa yang memberikannya hadiah, dia pasti akan membalas jika dia tahu siapakah yang memberinya. Tetapi, tengoklah juga pada keadaan. Jika dia rasa dia perlu balas, dia akan balas.
            Itulah... aku yang dungu kerana terlupa semua itu. Perasan kata Senior Ray yang nak bagi aku hadiah, rupanya kat junior aku ni. Malu betul!
            “Yer, Kak Marhaya. Buat apa kat depan kelas kita orang ni?”
            “Hah?” Aku terkebil-kebil. Oh... dah lama rupanya aku terpacak depan kelas mereka. Aya! Tak habis-habis berangan!
            “Er... Dina ada?” Soalku kembali sedar.
            “Dina! Dina! Ni Kak Senior nak jumpa!” Jerit rakannya itu nyaring,
            Adoi! Pekak telinga aku macam ni. Tapi aku tetap tersenyum.
            “Eh, Kak Aya. Ada apa?” Soal Dina setelah datang di depan pintu kelasnya. Beberapa rakannya juga datang menyibuk.
            “Ni...” Aku menghulurkan hadiah pemberian Ray. “Tuan Muda Rayyan bagi kat awak.” Ujarku pantas supaya mereka ini tidak salah faham pula seperti aku tadi.
            Mereka berpandangan sesama sendiri. Mulut masing-masing terbuka luas. Seperti tidak percaya. Dan aku bersedia untuk menutup telinga.
            “Nak ke tak nak?” Aku memprovok. Sengaja ingin menguji budak-budak ekstream ini.
            “Aaaaaa!!!!” Mereka melompat-lompat keriangan. Lantas berebut-rebut ingin mengambil hadiah itu dari tanganku. Akhirnya terlepas juga ke tangan pemiliknya. Dina. Sudahku agak, hampir pekak telinga aku ini dek penangan jeritan mereka.
            “Macam tak percaya! Tuan Muda Ray!!!”
            Aku tersengih. Gila budak-budak zaman sekarang ni. Macamlah kau tu tak budak-budak sangat, Aya. Kadang-kadang lebih dasyat dari mereka.
            “Bukalah! Bukalah!” Gesa salah seorang rakannya itu.
            Aku tidak jadi melangkah. Ingin tahu juga apa isi kandungan dalam kotak kecil itu. Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena tahu juga. Perlahan-lahan aku mengintai dan menyelit dalam kumpulan mereka yang berkerumun di sekeliling Dina.
            “Cepatlah...”
            “Aku nak buka dengan hati-hatilah! Ini hasil usaha Putera Ray membalutnya tahu.” Balas Dina sambil memuncung mulutnya.
            “Tiket!” Dina terlopong tatkala kotak itu dibukanya.
            Tiket? Tiket wayangkah? Aku turut tertanya sendirian.
            “Tiket Majlis Tari-menari Tahunan Sekolah Tinggi Adam Taylor!” Dina melompat sambil menjerit.
            OMG!!!!!
            “Kepada kamu yang berikan saya cawan yang comel tu, saya ucapkan terima kasih. Ini tiket untuk majlis tari-menari sekolah kami. Saya hadiahkan kepada awak sebanyak 5 keping. Boleh ajak kawan-kawan awak sekali. Ok... Salam Hormat dari Ray- Bendahari Persatuan Pelajar Sekolah Tinggi Adam Taylor.” Dina membaca satu persatu ayat di kad yang disertakan dalam kotak itu. Apalagi kesemua rakan-rakannya turut melompat gembira.
**********
SENIOR RAY... awak ni memang pandai ambil hari perempuan walaupun awak bukan buaya darat macam si Sam itu. Aku mengeluh sepanjang perjalanan pulang dari sekolah pada petang itu. Kenapa mesti aku rasa macam tak puas hati? Aya! Jangan nak pusing kepala otak kau tu.
            “Perempuan lembap!”
            “Ya... ada apa setan?” Aku membalas dengan berani walaupun ayat itu hanya aku sahaja yang mendengarnya. Suara yang datang dari belakangku itu sungguh aku kenali dan kalau boleh ingin aku hindari dari menerobos ke dalam lubang telinga aku. Boleh terkeluar dengan sendiri tahi telinga aku dek suara dari mulut lelaki yang menjengkelkan itu!
            “Ya, presiden.” Kali ini barulah aku meninggikan sedikit suara. Dengan perlahan aku menoleh berhadapan dengannya. Kau macam reda aje si keji itu memanggil kau macam itu, Aya. Kenapa mesti kau menjawab! Dalamanku memberontak hebat walaupun luaran aku terpaksa berlagak seperti hamba abdi.
            Harry menghampiriku. Dekat. Aku tidak berani mendongak memandangnya. Kini kami berdiri betul-betul di hadapan pintu biliku yang bersebelahan dengan biliknya.
            “Aku lapar. Pergi ambil makanan kat dining untuk aku.” Arah Harry sambil berdiri menyeluk kedua belah saku seluarnya.
            “Itu tak termasuk dalam skop kerja saya, presiden.” Aku menjawab dengan tegas. Melampau betul mamat ni.
            “Tapi termasuk dalam skop kerja sebagai kekasih aku! Kau tentu tak nak kehilangan kerja kat sini, kan. Memandangkan aku bukan lagi presiden asrama tapi... aku boleh aje pecat kau dengan kesalahan mengintip perbualan Ahli Persatuan Pelajar!”
            “Langsung tak bermunasabah!” Aku menjerit. “si keji!!!” Aku memukulnya dengan fail bukuku yang tebal. Harry menepis namun tidak berjaya, aku menolaknya sehingga jatuh ke lantai. Aku memukul lagi dengan sepuas hatiku. Harry merayu supaya aku menghentikan pukulan. Tidak aku pedulikan rayuannya, aku terus memukulnya sehingga aku terasa puas!
            “Rasakanlah!!!” Aku terus menghentamnya tanpa belas kasihan sehingga pecah fail aku itu. Buku-buku bertaburan di lantai. Hah! Puasnya hati aku!
            “FAHAM tak?!”
            Aku tersedar. Hampir terangkat tubuhku kerana terperanjat. Mataku terbeliak memandangnya yang masih berdiri di depanku dengan lagak sombongnya. Aku melihat tanganku. Fail masih elok tanpa apa-apa kerosakan.
            “Sempat lagi kau berangan depan aku!” Harry mengambil fail di tanganku lalu mengetuk kepalaku dengan sekali ketukan. Kemudian, fail itu dibiarkan di atas kepalaku.
            Aku ternganga. Kenapa aku hanya berani dalam angan-angan?! si keji!!!! Mataku memandang dengan perasaan yang sangat tidak puas hati.
            Harry dengan selamba berjalan memasuki biliknya dan ditutup pintu dengan kuat. Aku terus menuju ke pintu biliknya dengan perasaan geram bercampur marah. Fail buku itu aku campak ke lantai. Tiba sahaja di depan biliknya aku menyelak kain sehingga paras betis dan bersedia untuk menendang pintu biliknya!
            “Yaaahhh!!” Kakiku dengan pantas diangkat dan sasaranku ialah pintu bilik singa jadian itu.
            Krek! Pintu bilik di buka dari dalam. Aku sudah pun menjulur kaki ke depan dan...
            “Argghh!!” Harry menjerit kesakitan!
            Aku pula terkaku kerana kakiku bukan berada di pintu. Tetapi, di tempat yang tidak sepatutnya! Alamak!!! Aku menggigit jari dan mataku terbuka luas kerana sangat terkejut melihat Harry terbaring di lantai sambil mengerang kesakitan. 

No comments:

Post a Comment