Wednesday, 3 October 2012

Kekasih Palsu 15,16


BAB 15          
SUNGGUH indah! Aku tidak menyangka kreativiti Sir Adam menciptakan ‘syurga’ di rumah ini benar-benar menakjubkan mata memandang. Seolah-olah berada di taman larangan Istana di Eropah. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana rumah Sir Adam di UK yang mana dikelilingi oleh ladang lavender. Mungkin suatu hari kelak, aku akan sampai ke sana.
            “Silakan duduk, Cik Aya.”
            Aku mengucapkan terima kasih kepada wanita itu. Inilah wanita yang mula-mula menyambut aku di depan pintu utama. Tidak sempat aku berkenalan dengannya.
            Aku duduk di kerusi meja makan di sebelah kiri Sir Adam. Lelaki itu perasan akan rasa gugupku menyampaikan senyuman.
            “Aya jangan malu-malu. Nanti Aya akan tinggal di sini.”
            Aku mengangguk. “Ya...” balasku pendek.
            “Sara, mana tuan muda?” soal Sir Adam kepada wanita tadi. Barulah aku tahu namanya.
            “Dia ada di atas. Mungkin tengah bersihkan diri.” Beritahu wanita itu sopan.
            “Suruh dia turun makan.” Arah Sir Adam.
            “Baik,” Sara mengundur diri dan berjalan keluar dari ruang makan.
            “Mesti Aya pernah ternampak dia kat sekolah, tapi dia tu tak suka orang tahu latar belakang dia.” Kata Sir Adam.
            “Ya, saya pernah ke majlis tari-menari tahunan dan kenal ramai orang. Mungkin saya pernah nampak dia.” Ujarku jujur. Sememangnya aku dapat rasakan mungkin aku pernah terserempak dengan cucu Sir Adam di sekolah itu. Kalau dia tinggal di asrama, sah-sah aku pernah nampak dia. Sempat juga otakku beroperasi membayangkan beberapa wajah yang pernah aku lihat di Adam Taylor High School. Wajah-wajah yang persis mat salleh juga ramai. Sudah semestinya cucu Sir Adam berwajah Melayu campuran Inggeris.
            Aku kembali berdebar. Kenapa jantung aku macam nak luruh aje ni? Apa yang aku takutkan sangat?
            “Rumah ini ada seorang chef dan beberapa pembantu tukang masak. Aya nak makan apa cakap aje, mereka boleh masak masakan French, Japan, Thai, and what else...?” Sir Adam mencari-cari dalam kotak fikirannya.
            “Also Malay, sir!” jawab chef itu sambil meletakkan hidangan di meja. Dia tersenyum ramah. Wajahnya memang seorang mat salleh asli. Bukan celup-celup lagi.
            “Yeah, that’s right.” Sir Adam ketawa sambil memetik jari.
            Aku pula terkebil-kebil. Mintak tonggeng ayam percik? Boleh?
            Aku tidak sangka akhirnya aku tersenyum sorang-sorang kerana memikirkan permintaan aku dalam hati itu. Itulah kegemaranku. Alamak, air liur aku dah nak meleleh! Reflect dari otak. Memang aku tak boleh fikir pasal makanan kegemaranku itu. Slurp...
            “Kenapa Aya senyum? Aya nak makan apa boleh aje minta kat dia. Namanya Aaron, seorang muslim. Atuk dah lama kenal dia. Dia chef yang hebat di hotel atuk.”
            Aku sekali lagi terperanjat. “Hotel?”
            “Di Cameron Highland, dekat dengan kawasan ladang teh. Nanti Aya boleh pergi bila-bila masa. Cakap aje Aya ni cucu atuk, boleh check in free...” Sir Adam sangat gembira hari ini. Seolah-olah baru mendapat cucu yang baru dilahirkan.
Mereka ni... sangat kaya ke? Aku rasa tubuhku mula mengecil. Sebesar semut. Aku rasa aku perlu ke tandas untuk mencuci muka agar lebih segar. Aku rasa sangat berdebar ketika ini, entah kenapa aku sendiri tidak pasti.
            “Saya... saya minta diri ke tandas, atuk.” Aku bangun berdiri dengan sopan.
            “Baiklah, Hanna tolong bawakan Cik Aya.” Arah Sir Adam.
            Aku menoleh ke belakang, sejak bila Hanna berdiri di situ?
            “Follow me, Cik Aya.” Ujar Hanna.
            Aku bergerak mengikuti Hanna keluar dari ruang makan. Ketika itulah kami bertembung dengan Sara yang berjalan di hadapan seseorang. Aku menunduk rapat kerana aku yakin itu pastilah cucu Sir Adam. Macam mana ni? Aku kena patah balik ke ruang makan ke?
            Kami berselisih namun aku tidak berani mendongak melihatnya.
            “Selamat petang, tuan muda.” Tegur Hanna dengan hormat. Aku tetap menunduk sambil melangkah.
            Akhirnya aku tiba di bilik air yang terletak di antara ruang makan dan ruang tamu. Aku masuk ke dalam tandas dan Hanna menunggu di luar. Aku mencerminkan diri. Melihat wajahku yang hampir pucat.
            “Betul ke aku akan tinggal dalam istana ni? Macam tak sesuai untuk aku aje. Macam mana ni...” aku mengetuk-ngetuk kepala. Kemudian aku menghulurkan tangan di bawah pili air, secara automatik air itu keluar. Aku menyimbah air ke muka.
            “Segarnya...” aku mencapai tisu gulung dan mengelap muka yang basah. Ketika itulah aku melihat remote control yang kecil terletak di situ. Dahiku berkerut-kerut memikirkan apa kegunaannya dalam bilik air ini? Aku melihat sekeliling tiada sebiji TV pun. Aku mencapai remote itu dan membeleknya. Tanpa sedar aku tertekan satu butang.
            “Ah...” aku terkejut apabila terdengar bunyi flash dari dalam tandas. Ada orang ke? Hatiku berdebar-debar. Perlahan aku letakkan remote itu dan berjalan ke depan pintu tandas itu. Tanganku menolak pintu itu dengan hati-hati. Aku menelan liur.
            Pintu tak berkunci? Aku terus menolak dan... tiada orang?!
            “Hannaaaa!!” aku menjerit panggil gadis itu.
            Hanna bergegas masuk ke dalam bilik air itu apabila mendengar panggilanku yang agak kuat itu.
            “Kenapa, Aya?!” soal Hanna cemas.
            “Tadi... saya dengar bunyi flash. Tapi tak ada orang...” aku tergagap-gagap. Pucat muka aku tiada darah.
            Hanna melihat sekeliling dan matanya jatuh ke remote itu. “Siapa letak kat sini?” Hanna mencapai remote itu dan memandang aku yang gugup. Takut.
            “Aya ada tekang butang kat sini?” soal Hanna.
            Aku baru tersedar. “Tak tahu... tapi mungkin,” aku masih seram sejuk.
            “Remote ini memang untuk flash. Japan’s technology!” terang Hanna dengan ringkas sambil tersenyum kecil.
            Aku melopong. Apa?? Mati-mati aku ingat ada hantu ke jembalang dalam tandas ni. Haish! Malu betul. Rasa macam nak masukkan muka dalam mangkuk tandas sekarang juga!
            “It’s okay, Aya. This is your first time.” Mujurlah Hanna tidak mentertawakan aku.
            Aku tidak keluar bersama Hanna. Masih mencerminkan diri melihat wajahku yang kemerahan. Cepat betul warna kulit aku ni berubah. Malu punya pasal la ni. Aku menarik nafas dan bersedia untuk keluar. Aku lantas membuka pintu dan melihat ke kiri dan kanan. Di mana Hanna?! Ah... aku nak balik ke ruang makan bersama Hanna. Aku kurang yakin jika berseorangan. Hanna awak kat mana ni?!
            Aku terdengar suara Hanna sayup-sayup. Ia datang dari arah ruang tamu. Aku melangkah perlahan menuju ke ruang tamu dan aku terdengar satu suara yang agak familiar dengan deria dengarku. Aku menjenguk di sebalik dinding. Hanna sedang berbicara dengan seorang lelaki bersut kemas dan bertubuh tinggi. Tiba-tiba Hanna meninggalkan lelaki itu dan menuju ke tangga. Kelibat Hanna hilang dari pandanganku. Lelaki itu pula...
            “Ahh...” aku menjerit kecil. Lelaki itu menoleh melihatku.
            Dia turut terkejut.
            “Un... uncle Tam!”
            “Cik Marhaya...” Tam tersentak.
            Aku menghampirinya. Sebenarnya tanpa aku sedari pun. Kini, aku betul-betul berdiri di depan lelaki tinggi itu.
            “Uncle kenal Kak Hanna?” aku sedikit teruja. Membulat mataku memandangnya.
            “Er...” Tam mengerutkan dahinya. Kemudian dia tersenyum. “Ya, macam itulah...”
            “Wahhh... tak sangka boleh jumpa kat sini.” Aku berubah ceria. Mataku bersinar-sinar pula. Kecil betul dunia ni. Macam mana pemandu Harry boleh kenal Hanna. Maid kat rumah Sir Adam ni...?
            “Ya... ya...” Tam mengangguk-angguk.
            “Uncle Tam abang Kak Hanna ke?” Soalku ceria.
            “Er... tak...” Tam menggaru kepalanya.
            “Oh...” Aku mengangguk perlahan. Ah... baru aku teringat sesuatu!
            “Uncle... boleh saya tanya sikit?”
            “Ya, apa dia Cik Aya?”
            “Harry... er... Tuan Muda Harry. Ada apa yang berlaku ke? Hari tu... dia tergesa-gesa balik dan... saya ternampak dia macam ada masalah. Apa dah berlaku kat dia?”
            “Er... saya rasa lebih baik Cik Aya tanya dia sendiri.” jawab Tam.
            Aku mengeluh. Betul juga tu...
            “Encik Tam, ini barang tu...” Hanna tiba-tiba muncul dan menghampiri kami.
            “Terima kasih Cik Hanna.” Ujar Tam apabila beg plastik itu bertukar tangan.
            Aku hanya melihat dengan pelbagai persoalan di minda.
            “Apa hubungan kamu berdua sebenarnya?” aku menyoal spontan. Eh! kenapa bertanya macam tu Aya! nampak macam busy body aje. Dah la mereka ni orang dewasa!
            “Maaf... maaf. Saya tak sepatutnya tanya macam tu.” luahku kesal bercampur malu.
            Hanna dan Tam saling memandang. Kemudian mereka tertawa.
            “Cik Aya... kenalkan ini Encik Tam. Salah seorang pemandu peribadi kat Vila Taylor.” Ujar Hanna dengan senyuman manis.
            Aku memandang Tam. Tepat! Lelaki itu mengangguk menghantar kepastian.
            “Pe... pemandu?” aku terkebil-kebil. Otakku semakin bekerja keras mencerna segala macam perkara yang mula bercampur-aduk dalam kotak fikiranku.
            Tak... tak mungkinnnnnnnn!!!!!!!!
            “Sir Adam dan Tuan Muda Harry mesti tunggu Cik Aya kat ruang makan sekarang. Mari kita pergi.” ajak Hanna. Tam pula hanya tersenyum melihat wajahku yang pucat lesi. Sumpah! Kalau ditoreh wajahku sekarang tak ada setitik pun darah!
            “Cik Aya... Cik Aya?” Hanna menggoncangkan tubuhku yang keras seperti batu.
            “Saya... saya rasa... saya kena balik sekarang!” aku bergegas lari mencari pintu utama.
            Nur Marhaya! Kelembapan otak kau dah berada di tahap paling serius! Adakah ini satu sumpahan?!!! Arrgghhhhh!!!!! Kenapa mesti si bedebah tu?!!Sepatutnya awal-awal lagi kau dah fikir yang Uncle Tam tu pemandu kat sini! Bodoh! Lembap macam kura-kura!
            “Cik Aya! Cik Marhaya!!” Hanna turut melangkah mengejar aku yang melulu ke arah pintu utama.
            Tam pula hanya tercegat di situ kerana terlalu terkejut dengan situasi di depan matanya itu. Pengawal yang berada di pintu utama juga tercengang melihatku yang tergopoh-gopoh lari keluar. Aku tahu jarak ke pintu pagar utama sangatlah jauh tetapi aku tidak ada pilihan. Aku tekad untuk melarikan diri. Aku tidak sanggup menghadapi lelaki itu. Sumpah! Kalau aku tahu dia cucu Sir Adam dari awal, aku tak akan bersetuju untuk jadi cucu angkat lelaki itu. Tanpa aku sedar air mataku merembes keluar. Aku tidak pasti kenapa... aku rasa sangat-sangat bodoh! Kenapa Harry merahsiakan perkara ini. Aku yakin dia sudah tahu sejak awal lagi! Memang betul-betul si bedebah! Suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain!
            “Cik Aya! Cik Aya nak ke mana tu?!!”
            Aku mendengar suara Hanna hanya dari jauh. Sekuat hati aku melangkah dengan lebih laju. Akhirnya aku sampai di depan pintu utama, seorang pengawal di situ cuba menghalang aku.
            “Cik... Cik jangan pergi dulu.” Lelaki itu menangkap lenganku. Aku tercungap-cungap mengawal nafas. Aku memandang lelaki yang sebaya dengan usia ayahku itu.
            “Pak Cik Am... biarkan saya pergi. Tolonglah...” aku merayu. Aku kenal dengan lelaki itu. Dia rakan ayahku. Dan aku pernah berjumpa dengannya sebelum ini.
            “Aya... kenapa terburu-buru macam ni. Sir Adam...”
            “Saya kena pergi...” Aku menghantar pandangan penuh mengharap. Mataku berkaca-kaca. Akhirnya Pak Cik Am melepaskan tanganku. Aku menghampiri jalan dan menahan teksi. Mujurlah ketika itu nasib aku sangat baik, teksi berhenti dan aku terus masuk ke dalam perut teksi itu.
            Pak Cik Am mengeluh. Dia pasti tidak tahu apa yang perlu dijawab nanti kepada tuan besar kerana melepaskan aku pergi. Maafkan saya!
            “Aya!!!” Harry baru tiba dan cuba mengejar teksi yang aku naiki. Aku hanya memandang dari jauh. Harry berhenti mengejar dan mencekak pinggang dalam kepenatan.
            “Kenapa nak kejar saya? Awak nak tengok muka bodoh saya ke? Atau awak nak cakap betapa lembapnya saya!” Aku merengus geram. Aku kembali duduk menegak dan memandang ke depan. Satu keluhan meniti di bibirku. Aku rasakan fikiranku amat kucar-kacir.
*********
            “MAAFKAN saya... saya akan bayar tambang tu. Sila bagi nombor telefon pak cik. Saya janji bila saya balik rumah saya akan bayar duit tambang.”
            “Ahh!! Kamu ni bodoh ke apa? Kalau tak ada duit kenapa nak naik teksi. Tak kira saya nak kamu bayar sekarang jugak!”
            Aku tercegat tepi jalan itu. Apa aku nak buat? Tak kan aku nak balik rumah sekarang? Aku yakin mesti Sir Adam dah hubungi ayahku tentang pemergian aku secara tiba-tiba itu. Ayah mesti sangat risau sekarang. Tapi... Harry... Harry mesti akan datang cari aku kat rumah. Tak pun Uncle Tam. Apa aku nak buat ni? Aku benar-benar belum bersedia hadapi semua ini.
            “Cik! Awak ni macam anak orang kaya! Bagi saya nombor ayah cik. Kita boleh selesaikan masalah.” Lelaki itu menjerit bingit. Dia berdiri di pintu teksinya.
            “Anak orang kaya?” aku mengerutkan dahi. Lelaki itu memandang aku dari atas ke bawah.
            Aku melihat ke badanku yang disarung dress cantik berwarna putih. Ya... baju ni. Patutlah. “Saya... saya akan bayar dua kali ganda. Tapi bagi saya masa... saya akan bayar esok. Saya janji!” aku tiba-tiba mendapat idea.
            Lelaki itu terdiam. Dia seperti memikirkan tawaranku itu. Aku menggenggam tangan dan berdoa dalam hati agar lelaki itu bersetuju.
            “Baiklah... saya tahu rumah awak. Rumah besar tu... saya akan pergi sana kalau awak tak bayar pagi esok! Tapi... bukan dua kali ganda.” lelaki itu tersengih penuh sinis. “Lima!” Dia menunjukkan lima jarinya.
            Aku terkejut bukan kepalang. Dia ni... lintah darat ke apa?! Akhirnya aku mengangguk setuju. Lelaki itu ketawa besar lalu masuk dalam teksinya dan memecut pergi setelah memberi aku nombor telefonnya.
            “Haish... betul-betul lintah darat!!” aku menjerit lantang. Kertas yang tertulis nombor telefonnya aku renyukkan kerana geram.

            AKU berjalan tanpa tujuan melalui beberapa deretan kedai-kedai. Orang yang lalu-lalang melihatku dengan pelik. Berjalan seorang diri dengan wajah sugul dan lemah. Memang nampak sangat aku tak ada tujuan. Aku mula terasa perutku berkeroncong minta diisi. Aku memegang perutku. Sabarlah...
            Harry... tiba-tiba aku teringat lelaki itu. Punca segala masalah dalam hidupku. Sejak hari pertama aku berjumpa dengan lelaki itu, tidak habis-habis dia memberi aku masalah. Hidup aku menjadi tidak normal juga kerana dia. Aku menjadi penipu juga kerana si bedebah itu. Aku ingat semuanya akan berakhir bila aku akan ‘berpisah’ dengannya. Tetapi, apa yang aku hadapi hari ini sebenarnya baru permulaan. Tak mungkin aku boleh hidup sebumbung dengan lelaki itu. Tentu hidup aku lebih terseksa!
            “Cik! Hati-hati!!”
            “Ahhh!!!” aku terasa tubuhku terlanggar sesuatu dan aku terjatuh ke lantai kaki lima. Pandanganku terasa kelam. Kepalaku berdenyut sakit kerana terhantuk di lantai.
            “Kenapa jalan tak tengok depan. Kan dah terlanggar almari ni!”
            Berbinar pandanganku seketika. Aku tidak mampu untuk bangun. Pandanganku pula semakin kabur.
            “Aya!! Aya!”
            Aku terdengar suara seseorang menyebut namaku. Kemudian, aku sudah tidak sedar apa-apa. Semuanya gelap!
**********
BAB 16
            AKU terasa amat tenang dan selesa. Sejuk dan nyaman. Badanku pula seperti mendapat rehat yang secukupnya. Sangat-sangat selesa. Perlahan-lahan aku membuka mata, melihat sekeliling. Sebuah bilik yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Aku kat mana ni? Perkara terakhir yang aku ingat...
            Aku dah terlanggar sebuah almari yang dibawa oleh dua orang pekerja kedai perabot di tempat itu. Dan aku tersungkur ke lantai. Kepalaku terhantuk dengan agak kuat menyebabkan pandanganku terus menjadi gelap. Jadi? aku kat hospital ke?
            Aku bangun untuk duduk dan kepalaku kembali berdenyut. Aduh... aku memegang kepala. Sempat aku melihat ke luar tingkap. Hari sudah gelap! Berapa lama aku sudah tertidur? Tak, sebenarnya pengsan.
            “Oh... Aya dah bangun?”
            Aku lantas menoleh ke kiri. Seorang wanita cantik keluar dari tandas dan berjalan menghampiri aku. “Macam mana? Do you feel better?” soal wanita itu dengan senyuman ramah. Dia duduk di hujung katil.
            Aku ternyata kebingungan. Ini jururawat ke? Tapi kenapa bilik ni tak macam hospital pun?
            Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Seorang lelaki menjenguk ke dalam dan memandang aku dengan tepat. Hah! Aku melopong.
            “Ray... ini bilik tetamu perempuan. Please don’t come in.” Wanita itu memberi amaran dengan ketawa kecil.
            “I just wanna see her condition.” Ray mengangkat kening kepada wanita itu sambil tersengih. “Well... Aya, awak dah okey?” lelaki itu mengalih matanya kepadaku pula.
            Aku amat-amat bingung sekarang ini. Tolonglah...
            “Aya... Saya Rania. Kakak sulung Rayyan. Dia terjumpa Aya masa Aya pengsan. So, dia bawa Aya balik.”
            Aku memandang Ray yang sandar di pintu bilik. Sungguh aku tidak percaya semua ini berlaku.
            “Sebenarnya... Kak Rania doktor. Sebab tu saya tak bawa Aya ke klinik. Maaflah... kalau Aya tak selesa.” Ujar Ray.
            Jadi, ini rumah Senior Ray?! Ahh... kenapa boleh jadi macam ni.
            “Aya, okey ke tak ni? Senyap aje.” Kak Rania terus menyentuh dahiku.
            “Saya baik aje. Minta maaf kalau dah menyusahkan senior dan Kak Rania.” akhirnya aku membuka mulut setelah blur seketika.
            Ray tersenyum. “Aya... yang penting awak selamat.”
            Kak Rania tersenyum penuh makna. “Wow... seriously Aya, kakak tak pernah tengok adik akak tu risau sampai macam tu sekali sebelum ini. Mengalahkan isteri nak bersalin!” Kak Rania ketawa mengusik. Aku menunduk malu. Aduh...
            Ray juga turut berubah wajahnya. Merah menahan malu. “Kak Rania...” Ray memandang kakaknya itu dengan pandangan memberi isyarat penuh makna.
            “Ha ha... dua-dua pun dah jadi udang bakar. Okay, I’m, sorry!” Kak Rania mengangkat ke dua belah tangannya.
            “Er... terima kasih sebab dah tolong saya. Saya pun nak minta maaf sebab dah menyusahkan senior dan sekeluarga...”
            “Aya... jangan risau apa-apa. Tak ada siapa pun dalam rumah ni. Our parents stay in KL.” beritahu Ray.
            Aku mengangguk perlahan.
            “Aya, kakak tengok Aya sangat letih. Mesti Aya belum makan lagi kan. So, please take your meal immediately. Ray dah sediakan bubur untuk Aya. A’hah! He’s very very good in cooking. Kalah akak tahu.” Kak Rania ketawa kecil sambil memandang Ray yang sudah menggaru kepalanya di ambang pintu.
            “Aya... jom makan dulu. Perut awak tu kosong.” Ray tersenyum segan kerana dipuji sebegitu.
            Aku turut tersenyum. Senior Ray masak untuk aku? Kenapa aku tiba-tiba rasa sangat terharu?
            Namun, rasa resah dan gelisah masih terbuku di hatiku. Aku memandang hidangan di hadapan dengan fikiran yang kosong. Walaupun hakikatnya aku sangat lapar, tetapi aku masih rasa bingung. Bermacam-macam perkara berlaku pada hari ini telah mengejutkan sistem-sistem organ dalaman aku. Aku berdoa agar jantungku sekarang sudah mendapat oksigen dengan cukup untuk menghadapi segala macam hal yang akan datang.
            “Enjoy your meal, Aya. Akak ada kerja sikit. Nanti akak turun balik okey.” Kak Rania bergerak keluar dari ruang dapur. Aku hanya tersenyum kepadanya. Baik sungguh hati kakak Senior Ray. Mereka berdua agak serupa. Sungguh berbudi bahasa dan ramah.
            “Duduklah Aya...” Ray menarik kerusi untuk aku.
            Aku bertambah segan dengan layanannya. Ray meletakkan segelas susu suam di meja. Aku memandang dengan hairan.
            “Aya mesti minum susu dulu. Takut perut Aya terkejut sangat nanti.”
            Aku sangat terharu. 'Senior Ray...' aku menyeru namanya dalam hati.
            “Macam mana senior boleh terjumpa saya tadi?” soalku setelah minum susu itu sehingga separuh cawan. Walaupun agak tak lalu minum susu, tetapi bila orang dah buatkan dengan ikhlas. Segalanya rasa enak.
            “Kebetulan... saya pergi kedai buku kat area tu. Saya nampak Aya berjalan seorang diri...” Ray merenungku. “Dalam keadaan yang murung.” Sambungnya dengan perlahan. “Jadi, saya keluar dan ikut Aya. Tak sangka Aya betul-betul dah hilang fokus, sampai tak nampak orang tengah usung perabot tu. Memang saya tak sempat nak tarik Aya... maaflah.”
Aku menggeleng kepala dengan pantas. “Tak... saya betul-betul nak berterima kasih kat senior...”
            “Sama-sama. Cepat makan, nanti Aya akan lambat pulihkan tenaga.”
            Aku mengangguk. Seleraku benar-benar terbuka melihat bubur yang Ray buatkan untukku itu. Aku makan dengan berselera sekali. Seperti setahun tidak jumpa makanan. Ray merenung aku dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya yang kemerahan itu.
            Setelah menghabiskan bubur itu aku ingin mengangkat mangkuk itu ke sinki tetapi dihalang oleh Ray.
            “Aya boleh pergi ke ruang tamu dulu. Ada perkara yang saya nak cakap kejap lagi. Biarkan semua ni kat saya, okey.” Ray terus mengangkat mangkuk dan gelas aku ke sinki dan membasuhnya.
            Aku mengeluh kecil. Kenapa awak baik sangat? Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Aku duduk di sofa dan menjenguk ke atas. Kat mana Kak Rania? Aku rasa segan berdua saja dengan Ray. Tiba-tiba fikiranku melayang memikirkan masalah sebenar aku. Ah... aku kena balik sekarang. Mesti semua orang tengah risaukan aku.
            “Aya... rasa macam mana sekarang?” Ray datang dan duduk di depanku. Tangannya masih kelihatan sedikit basah kerana mencuci mangkuk tadi.
            “Saya rasa dah baik. Jadi, saya kena balik rumah sekarang.”
            Ray diam sebentar. Dia merenung mataku dalam. Resah aku dibuatnya.
            “Apa dah jadi Aya? Aya jalan macam orang tak ada jiwa, tanpa bawa beg tangan, duit mahupun kad pengenalan. Macam orang larikan diri...” Soal Ray dengan serius.
            Aku sudah agak mesti dia akan tanya aku soalan ini. “Saya...” aku terdiam. Ah... baru aku teringat akan sesuatu!
            “Senior! Masa saya pengsan tu ada nampak tak kertas kat tangan saya? ada tulis nombor telefon!”
            “Kertas? Nombor telefon?” Ray kelihatan bingung. “Saya tak perasan la pulak. Kenapa Aya? Nombor siapa?!” Lelaki itu nampak jelas wajahnya penuh kerisauan.
            “Tak... tak ada apa-apa.” aku mengetap bibir. Aduh... sudah hilang nombor pak cik teksi tu. Macam mana ni? Aku melihat Ray yang masih menunggu jawapanku. Aku tidak mahu menyusahkan lagi lelaki ini. Cukuplah. Setiap kali aku dalam kesusahan pasti lelaki ini yang akan muncul. Mungkin tidak keterlaluan kalau aku cakap, Senior Ray adalah penyelamat aku! Dia sentiasa ada... di waktu aku memerlukan.
            “Tak apa kalau Aya tak nak beritahu.” Ray tidak memaksa. Dia sangat mengerti. Sebab itu semua orang mudah selesa dengannya.
            Aku menghantar pandangan penuh berterima kasih kepadanya. Senyumanku pula mekar dengan sendiri. Mataku memandang sekeliling ruang tamu rumah itu. Tidak seperti rumah orang bujang. Terdapat juga potret keluarga ini yang tergantung di dinding. Wajah ibu bapa Ray, Kak Rania, serta seorang lagi gadis yang masih awal remaja. Mungkin adik Senior Ray yang bongsu.
            “Rumah Kak Rania sangat cantik.” Pujiku spontan.
            “Rumah ni, rumah lama family kita orang. Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Sekarang rumah ni jadi rumah Kak Rania. Dia kerja di hospital kat area ni.”
            Patutlah. Pandanganku berhenti di sebuah gambar yang diletakkan di atas meja kayu hiasan tidak jauh dari sofa tempat aku duduk. Ray turut memandang ke arah yang sama.
            “Ini...” Ray bangun dan mengambil gambar itu. Dia kemudian duduk di sebelahku. “Ini gambar masa kita orang form 2.” Ray menghulurkan bingkai gambar itu kepadaku.
            Aku merenung gambar itu tanpa sepatah kata. Wajah Sallyna di tengah, di kirinya Ray dan di kanannya Harry. Wajah Sallyna sangat ceria dikepit dua lelaki yang sangat comel ketika itu. Ray tersenyum mesra sambil menguap kek ke dalam mulut Sallyna. Manakala Harry hanya serius ketika gambar itu diambil.
            “Masa ni birthday Sally. Dan kat sinilah saya mula-mula kenal Harry. Kami semua panggil dia budak beku.” Ray ketawa kecil sambil mengimbau kenangan lalu.
            “Jadi... dah lama Senior Ray kenal Cik Sallyna?” aku mengaju soalan pertama.
            “Tak jugak... sebenarnya Harry lagi lama kenal Sally. Saya kenal Sally pun beberapa bulan sebelum birthday party dia ni. Masa tu semua kawan-kawan Sally datang termasuklah Harry.”
            “Harry dah lama kenal Cik Sally?”
            Ray mengangguk. “Sallyna pernah cerita kat saya, dulu dia sangat rapat dengan Harry. Paling menarik, Harry tak ada seorang pun kawan. Sally la satu-satunya kawan yang dia ada. Tapi, sejak dia orang masuk sekolah tinggi... Harry mula jauhkan diri dari dia. Sally cuba nak cari punca masalah yang Harry hadapi. Tapi semuanya buntu. Harry memang beku. Kalau dia dah buat satu keputusan, tak ada siapa boleh mengubahnya.”
            Aku tersentak juga. Jadi... pasti ada sesuatu yang di sebalik semua ini. Sebab itulah Harry memaksa aku menjadi kekasih palsunya. Harry... adakah...
            “Rasa macam tak patut pulak kan cerita benda macam ni depan kekasih Harry sendiri. Saya tak ada niat apa-apa Aya... cuma cerita lama aje.” Nada suara Ray tiba-tiba berubah.
            “Senior nak cakap yang... saya punca Harry berubah?”
            Ray terkejut dan memandang aku dengan rasa bersalah. “Tak... bukan macam tu Cik Aya. Jangan salah faham...”
            “Saya rasa saya patut balik sekarang, senior. Terima kasih sebab dah tolong saya.” Aku bangun dan meletakkan kembali gambar itu di atas meja. Sempat aku merenung gambar itu sesaat. Mata awak kelihatan sangat sedih Harry!
            “Saya harap Aya tak salah faham.” Ray turut bangun berdiri.
            Aku tersenyum. “Saya tak fikir benda macam tu boleh ganggu hubungan kami. Senior janganlah risau...”
            Keadaan menjadi sunyi seketika. Ray memandangkan tanpa berkelip. Ah... apa aku dah cakap ni? Pasti Senior Ray rasa terkilan.
            “Senior... saya tak...”
            “Jangan risau Aya. Saya lebih kuat dari apa yang Aya sangkakan.” Ray tiba-tiba tersenyum. “Well... walaupun dah meluahkan perasaan kepada kekasih kawan sendiri, masih boleh tunjuk muka tak bersalah macam ni kan? Mesti Aya rasa saya ni menjengkelkan.” Ray ketawa kecil pula.
            “Senior memang tak bersalah...” Aku memandangnya tepat. ‘Tapi orang lain...’ sambungku dalam hati.
            “Dengar Aya cakap macam ni, saya makin bersemangat nak teruskan niat saya.” Ray ketawa lagi. Ah... bilakah waktu dia nak serius. Tapi aku yakin semua itu cuma untuk menutup kegelisahannya.
            “Apa maksud senior?” Aku mula rasa cuak.
            Ray menunduk. Mendekati wajahku. Benar-benar dekat sehingga aku mampu merasai nafasnya. Mata Ray jatuh ke bibirku. Hanya sekilas, kemudian mata kami bertentangan. Ah... apa ni? Aku menelan liur.
            “Saya tak akan putus asa dengan Aya. Saya ingin pastikan Aya bersama saya kelak.” Ray tersenyum. Dia kembali berdiri tegak dengan senyuman penuh makna.
            “Mesti Aya fikir saya kejam kan?” Ray ketawa lagi.
            “Senior...” aku memanggilnya perlahan. “Memang kita kena pentingkan perasaan kita sendiri dari orang lain. Tapi... Harry kan kawan awak...” aku sebenarnya agak kesal dengan sikap Ray. Kalaulah aku benar-benar kekasih Harry. Dan Harry sangat mencintai aku, pasti sangat kejam kalau Ray berniat untuk merampas kekasih sahabatnya sendiri.
            Ray hanya tersenyum. "Saya tahu... saya tahu orang akan fikir saya kejam. Tapi...” Ray berjeda.
            Aku menantinya meneruskan ayat. Wajah Ray kembali serius.
            “Tapi lebih kejam kan... kalau memaksa orang lain jadi kekasih palsu hanya untuk kepentingan diri sendiri.”
            Aku tergamam. Mataku membulat memandang Ray yang berdiri tegak di depanku. Apa... apakah dia tahu tentang itu? Tak... tak mungkin!
            “Se... Senior Ray... awak tahu pasal ni?” Soalku tergagap-gagap. Sungguh aku terkejut kali ini. Oh jantungku... kenapa ia tak dibenarkan untuk berehat hari ni?!! Hari yang penuh dengan kejutan!
            “Aya dah nak balik ke?”
            Aku dan Ray serentak memandang ke arah anak tangga. Kak Rania turun dengan lengkap berpakaian untuk keluar.
            “Kakak hantarkan ye... Ray, kau nak ikut?”
*********


           
           

           
           







8 comments:

  1. huhu...greattt..
    mcm mane ray boleh tahu tentang kekasih palsu ni?..
    mcm mane pulak perasaan harry apabila aya akan jadi cucu angkat atuknye?..
    dan kenape aya kate harry dlm gambar tu kelihatan sedih..dan persoalannye kenape harry menjauhkan diri dan menolak cinta sally?..
    x sabar nak tahu sebab2nye..

    ReplyDelete
  2. yeay!!rindu ngan KP... wow interesting, next entry please...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sbb sudi baca n komen..yuppp..sume persoalan tu akan terjawab..saya memang suka buat pelan2 untuk menjawab setiap persoalan..kalau terjawab terus semua mcm mendadak pulak kan..heheh...InsyaAllah next n3 soon... :)

    ReplyDelete
  4. bila mahu sambung lagi next chapter ?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete