Wednesday, 12 December 2012

Sinopsis Putera Impian


“Maira… kau berhak untuk hidup lebih baik. Tidak perlu menghabiskan seluruh hidup kau demi seseorang seperti aku. Tinggal di rumah usang ini, kerja siang malam demi sesuap nasi, jaga aku yang lumpuh,buta. Kalau kau jumpa seseorang yang mampu buat kau bahagia…janganlah fikir panjang lagi.”-Airel

“Saya dah lepaskan seluruh hidup saya setelah saya bersetuju berkahwin dengan awak. Saya tak kisah jika saya sudah tidak ada kehidupan! Kenapa awak nak sangat halau saya… saya tak ada sesiapa di dunia ini selain awak.”-Ainul Umairah

“Kenapa setiap kali aku memandang gadis itu, dia seperti ingin memberitahu aku sesuatu melalui pandangan matanya. Mata itu kelihatan sedih…”-Ikhram Huzairy bin Dato’ Amiruddin
“Saya mengaku yang saya telah memfitnah Airel Zayed, kerana saya sangat mencintai dia. Saya takut kehilangan dia, sehingga dia menderita di atas perbuatan saya.”-Sheika Salsabila binti Sheikh Mansur al-Afasy

Setelah lima tahun rumahtangga yang dibina retak menanti belah. Airel terlalu banyak rahsia sehingga Umairah terasa amat diperbodohkan. Siapa sebenarnya suaminya yang miskin, lumpuh dan buta itu? Mengapa setelah sembuh dia terus pergi ke negara kelahirannya tanpa sebarang khabar? Di Dubai, United Arab Emirates… Umairah mendapat jawapannya.

p/s: Boleh komen dan beri cadangan untuk menambah baik sinopsis ini. Rasa macam kurang kan? Haha... ini baru percubaan. :)

10 comments:

  1. Haha best3,,,,tk Sabar tgu cita ni!!

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak peluk citer ni :-)

    ReplyDelete
  3. hehe..terima kasih semua..InsyaAllah byk2 la tolong doa cte ni berjaya siap dihantar dan diterbit... :)

    ReplyDelete
  4. yeay!!! nak kuar buku... bila ye? sinopsis okay jer kak..

    ReplyDelete
  5. Azrina Azuz~ terima kasih dik sbb setia menanti novel nie..hehe..InsyaAllah akak akan cuba siapkan..tp akan ada byk perubahan bila sy edit cerita ini utk dihantar nanti,,Apa2 pun x akan mengubah jln cerita, cuma utk menambah baik aje..dan TAJUK juga akan ditukar, tetapi sy akan maklumkan kemudian..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Saadiah- hehe..jom2 berkenalan kat FB!!

    ReplyDelete
  7. bila nak kuar cite nie yer?
    dh lama tggu nie

    ReplyDelete
  8. Dh terbit ke belum
    busy betui dia

    ReplyDelete